Aktiviti ‘mencurigakan’ di kompleks nuklear Korea Utara

Aktiviti ‘mencurigakan’ di kompleks nuklear Korea Utara

SEOUL, 5 April (AFP) – Imejan kompleks utama nuklear Korea Utara baru-baru ini menunjukkan kegiatan mencurigakan yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan semula plutonium bagi bom nuklear tambahan, menurut sebuah kumpulan pemikir AS hari ini.

Analisis ke atas imej itu menumpu pada kepulan ekzos dari loji stim yang digunakan untuk memanaskan makmal radiokimia di kompleks Yongbyon.

Makmal itu digunakan bagi memproses plutonium dari reaktor lima megawatt di Yongbyon menjadi bahan boleh belah gred senjata.

Sama ada kepulan ekzos itu bererti ‘pemprosesan semula plutonium tambahan sedang dijalankan atau pada tempoh terdekat masih tidak jelas,’ penganalisis Institusi Korea-AS di Universiti Johns Hopkins membuat kesimpulan.

Bagaimanapun mereka menyatakan dalam kenyataan baru-baru ini oleh Pengarah Perisikan Kebangsaan AS James Clapper bahawa Korea Utara mungkin bersedia mengeluarkan plutonium gred senjata dari batang besi bahan api yang telah digunakan dari reaktor berhampiran dalam tempoh beberapa minggu.

Loji nuklear Korea Utara sebelum menara penyejukan (kanan) dirobohkan di Yongbyon, dalam gambar yang diambil pada 27 Jun 2008 yang dikeluarkan oleh Kyodo. – Reuters
Loji nuklear Korea Utara sebelum menara penyejukan (kanan) dirobohkan di Yongbyon, dalam gambar yang diambil pada 27 Jun 2008 yang dikeluarkan oleh Kyodo. – Reuters

Korea Utara menyimpan reaktor Yongbyon pada tahun 2007 di bawah perjanjian bantuan bagi pelucutan senjata, tetapi mula mengubah suainya selepas ujian nuklear ketiganya pada tahun 2013.

Imejan satelit yang dianalisis oleh sebuah lagi kumpulan pemikir AS pada Januari lalu menunjukkan reaktor masih tidak beroperasi dalam kapasiti penuh.

Apabila beroperasi sepenuhnya, reaktor itu mampu menghasilkan kira-kira enam kilo plutonium setahun cukup bagi satu bom nuklear, menurut para pakar.

Korea Utara telah melancarkan empat ujian nuklear paling terbaru pada 6 Januari, apabila, apabila ia mengumumkan ia telah meledakkan bom hidrogen pertama. Para pakar mempertikaikan dakwaan H-bom dengan mengatakan hasil dari ujian jauh terlalu rendah bagi peranti termonuklear sepenuhnya.

ARTIKEL YANG SAMA