Aktiviti pengeluaran China perlahan

Aktiviti pengeluaran China perlahan

BEIJING, 21 Mei – Aktiviti pengeluaran China mengecut pada kadar lebih perlahan pada Mei, satu tinjauan HSBC menunjukkan hari ini, tetapi syarikat mengurang pengeluaran dan pekerjaan meskipun usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi kedua terbesar dunia.

Bacaan awal untuk indeks pengurus pembelian (PMI) syarikat perbankan Britain mencecah 49.1 untuk bulan ini, meningkat daripada angka akhir sebanyak 48.9 pada April, katanya dalam satu kenyataan.

Indeks itu, dikumpulkan oleh pembekal perkhidmatan maklumat Markit, menjejak aktiviti dalam kilang dan bengkel di China dan dianggap sebagai petunjuk keadaan ekonomi negara besar Asia itu.

Angka hari ini menandakan bulan ketiga berturut-turut indeks mencecah kurang 50 mata yang memisah pengecutan daripada pertumbuhan. Indeks kecil pengeluaran merosot untuk kali pertama pada tahun ini, menekankan keadaan operasi yang merosot, kata Annabel Fiddes, ahli ekonomi di Markit, dalam kenyataan.

“Permintaan pelanggan yang lebih lembut, di dalam dan luar negara,serta pemotongan pekerjaan selanjutnya menandakan sektor itu mungkin mendapati sukar untuk berkembang, sekurang-kurangnya pada jangka pendek, tatkala syarikat melembutkan pelan pengeluaran sejajar dengan keadaan permintaan yang lebih lemah,” kata beliau.

Para pekerja kilang pengeluaran pakaian di Huaibei, timur wilayah Anhui, China. Aktivit pengeluaran China mengecut pada kadar lebih perlahan. – AFP
Para pekerja kilang pengeluaran pakaian di Huaibei, timur wilayah Anhui, China. Aktivit pengeluaran China mengecut pada kadar lebih perlahan. – AFP

Kerajaan mempunyai ‘banyak skop’ untuk mengenakan perangsang selanjutnya tatkala tekanan deflasi ‘kekal kukuh,’ tambah beliau.

Keluaran dalam negara kasar China berkembang 7.4 peratus pada tahun lalu, yang paling perlahan sejak 1990. Pertumbuhan menjadi lemah seterusnya kepada 7.0 peratus dalam tempoh Januari-Mac, keputusan suku paling teruk dalam enam tahun.

Prospek yang lemah itu dijangka berlarutan ke suku kedua selepas petunjuk untuk kegiatan pada April seperti perdagangan dan pengeluaran industri mencatat keputusan lebih lemah daripada dijangka. – AFP