Aktiviti penutup penggal persekolahan

Aktiviti penutup penggal persekolahan

Oleh Pg Hjh Nazhatul Shima

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Sempena penutup cuti penggal akhir persekolahan tahun ini, Sekolah Rendah Masin, baru-baru ini, telah mengadakan sukan tahunan sekolah berkenaan yang berlangsung di kawasan letak kereta sekolah tersebut.

Acara sukan itu disertai para ibu bapa dan penjaga murid serta murid-murid sekolah berkenaan. Antara perlawanan yang dipertandingkan ialah perlumbaan mengutip gula-gula bagi murid Pra, meniup belon hingga pecah serta mencari benda tersembunyi.

Peserta yang hadir juga tidak ketinggalan menyertai sukan tahunan yang dipertandingkan, antaranya menggolek kelapa ke pintu gol bagi lelaki dan memasukkan bulatan ke dalam kon bagi perempuan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukan yang diadakan disempurnakan oleh Guru Besar sekolah berkenaan, Hajah Jijah binti Haji Othman.

Bergambar ramai sempena Majlis Malam Perpisahan penuntut Tahun 6 yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah yang berlangsung di Restoran Stadium di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
Bergambar ramai sempena Majlis Malam Perpisahan penuntut Tahun 6 yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah yang berlangsung di Restoran Stadium di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas.
Murid-murid yang menyertai acara meniup belon hingga pecah.
Murid-murid yang menyertai acara meniup belon hingga pecah.
Para bapa murid-murid turut serta dalam acara menggolek kelapa ke pintu gol.
Para bapa murid-murid turut serta dalam acara menggolek kelapa ke pintu gol.

Acara Tahunan ini diadakan bertujuan mengukuhkan silaturahim antara guru-guru, murid serta ibu bapa murid sekolah berkenaan.

Sementara itu, Sekolah Sunshine pula mengakhiri penggal persekolahan dengan mengadakan Majlis Malam Perpisahan bagi penuntut Tahun 6 yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menengah yang berlangsung di Restoran Stadium di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, kelmarin.

Majlis yang diselitkan dengan persembahan nyanyian, tarian dan permainan itu dihadiri oleh Pengetua Sekolah Sunshine, Nazancina G. Ward, guru-guru dan para pelajar Tahun 6. Ia bertujuan untuk menghargai usaha para guru serta murid-murid yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) mereka.Tahun ini seramai 12 orang pelajar dari sekolah berkenaan mendapat keputusan 5A dalam PSR.