Aktiviti projek perjalanan mengenal kebudayaan Brunei

Aktiviti projek perjalanan mengenal kebudayaan Brunei

Oleh Faridah haji Ibrahim

 

KUALA BELAIT – Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut adalah di antara sekolah-sekolah yang dipilih dari daerah Kuala Belait untuk diperkenalkan dan diperlihatkan mengenai keunikan budaya masyarakat Melayu Brunei dari pelbagai sudut adat resam di antaranya ialah tarian, nyanyian, permainan tradisi dan pameran daripada puak-puak etnik dan asli Brunei.

Aktiviti projek ini adalah kesinambungan daripada projek promosi kebudayaan yang diadakan setiap tahun di ke empat-empat buah daerah. Projek ini menggunakan format persembahan, pameran dan bengkel dengan menyasarkan belia-belia, penuntut-penuntut sekolah, institut, Badan-badan kerajaan dan Persatuan-persatuan.

Projek ini bertujuan untuk menyalurkan informasi dan pengetahuan mengenai kebudayaan dan kesenian kepada masyarakat Brunei melalui gagasan ‘Entertainment’ iaitu hiburan pembelajaran ke arah membudayakan belia-belia di samping mempelajari dan berkongsi pengetahuan khususnya di bidang seni dengan matlamat “ Memartabatkan dan Memperkasa Budaya Bangsa” dengan mendampingi dan mendekatkan budaya kepada masyarakat.

Usaha pendedahan

Dalam sama-sama menjaga keaslian serta menjaga khazanah warisan yang sudah lama tidak dipraktikkan secara rutin Bahagian Kebudayaan dan Kesenian tidak kendur-kendur dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada generasi masa kini bagi generasi akan datang dalam menghargai budaya sendiri dalam menuju wawasan 2035.

Di antara penuntut yang hadir pada Acara Perjalanan Kebudayaan Di sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut.
Di antara penuntut yang hadir pada Acara Perjalanan Kebudayaan Di sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Lumut.
Penuntut-penuntut beramai-ramai menarikan tarian tradisi Brunei.
Penuntut-penuntut beramai-ramai menarikan tarian tradisi Brunei.
Tunjuk ajar ‘menapih sinjang’ adalah salah satu acara perjalanan kebudayaan pada hari tersebut.
Tunjuk ajar ‘menapih sinjang’ adalah salah satu acara perjalanan kebudayaan pada hari tersebut.

Antara objektif program ini ialah memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang kesenian melalui persembahan kebudayaan secara keseluruhan dengan hasrat memberikan kesedaran dan semangat mencintai budaya sendiri; memberi peningkatan kesedaran tentang menjaga khazanah warisan budaya kitana kepada masyarakat; sebagai satu cara pendekatan dengan mesyarakat melalui kebudayaan dan kesenian.

Mendukung hasrat negara

Menjadikan satu galakan dan dorongan para belia untuk lebih aktif dan berdaya saing dalam membuat persembahan secara positif; Mendukung hasrat negara bagi meningkatkan industri Kreatif melalui belia-belia, guru-guru, penuntut-penuntut sekolah dan Pencinta seni. Ketua Penyelaras bagi ini ialah Awang Hj Mohd Abdoh Hj Awg Damit- Pemangku Penolong Pengarah bahagian Kebudayaan dan Kesenian.

Di antara acara-acara persembahan perjalanan kebudayaan yang dipersembahkan dan dipertunjukkan ialah Permainan Muzik Tradisi; Nyanyian Lagu Asli Brunei; Demo Tarian Asyik; Pameran baju-baju Tujuh puak; Pameran Sinjang dan Dastar Brunei; Penerangan sopan-santun; Kuiz budaya; Pantun, Persembahan Tarian Jipin Laila Sembah,Pameran Kebudayaan dan Kesenian Lagu Asli Dong Dong Oma.

ARTIKEL YANG SAMA