Aktiviti ‘Sehari Bersama Pandu Puteri Tunas’

Aktiviti ‘Sehari Bersama Pandu Puteri Tunas’

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Sempena Sambutan Hari Kedamaian, Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) telah mengadakan aktiviti ‘Sehari Bersama Pandu Puteri Tunas’ bagi mengisi masa lapang dalam cuti penggal persekolahan.

Seramai 60 orang ahli Pandu Puteri Tunas, yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 hingga 5 dari sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta, menyertai aktiviti berkenaan yang diawasi oleh seramai 12 orang guru pengawas dan juga ahli Jawatankuasa Tadbir PPPBD.

Menurut kenyataan PPPBD, para peserta berkenaan dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut nama buah tempatan dan setiap kumpulan mempunyai 10 orang ahli dengan diawasi oleh dua orang guru pengawas.

Gambar ramai peserta Pandu Puteri Tunas dan warga PPPBD.
Gambar ramai peserta Pandu Puteri Tunas dan warga PPPBD.

Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim yang hadir selaku tetamu kehormat turut menyertai aktiviti berkenaan.

Antara aktiviti-aktiviti yang diungkayahkan termasuk sesi suai kenal, kraf tangan, lagu-lagu pandu puteri, dan banyak lagi.

Dengan adanya aktiviti ini, ia diharap akan dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahlinya supaya yakin akan kebolehan masing-masing serta berani menempuh cabaran yang diberikan.

ARTIKEL YANG SAMA