Aktiviti semangat minda di Sekolah Nurul Falah

Aktiviti semangat minda di Sekolah Nurul Falah

Oleh Haji Shamsuddin Idris

 

TUTONG – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke 54 tahun, warga Sekolah Nurul Falah, Penanjong Tutong juga tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan sambutan tersebut dengan bertujuan untuk memupuk nilai murni dan semangat minda murid-murid ke arah yang positif.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Berbagai aktiviti-aktiviti yang diadakan di kawasan sekolah berkenaan seperti berlari dalam guni, merangkak, menembak sasaran, face painting, pertandingan pakaian seragam ABDB yang lengkap kemas dan lain-lain.

Sambutan tersebut mendapat galakan daripada ibu bapa/penjaga, guru-guru serta kakitangan sekolah berkenaan.

Wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang mengikuti sambutan berkenaan.
Wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang mengikuti sambutan berkenaan.
Pertandingan pakaian seragam ABDB yang lengkap kemas.
Pertandingan pakaian seragam ABDB yang lengkap kemas.

ARTIKEL YANG SAMA