Aktiviti sihat melalui sukan bola sepak

Aktiviti sihat melalui sukan bola sepak

Oleh Hazman HM

 

Kuala Lumpur, 20 Mac – Dalam usaha untuk terus mengamalkan cara hidup yang sihat, Kelab Bola Sepak Champion 7 dari Brunei Shell Petroleum dan Kelab Bolasepak HESS E&P Malaysia, petang kelmarin telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak yang diadakan di Padang The New Camp Petaling Jaya.

Mengetuai Pasukan Champion 7 ialah Awang Mohd Adid bin Abd. Kadir dan Awang Hasnoor selaku pengurus pasukan, manakala Pasukan HESS E&P pula diketuai oleh Awang Kolin bin Ibrahim dan Kapten Iqbal selaku pengurus pasukan.

Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada kedua-dua ketua pasukan, diikuti dengan pertukaran cenderahati bagi kedua belah pihak. Mewakili Champion 7 bagi penyerahan cenderahati tersebut ialah Awang Emran bin Othman dan Awang Kolin bagi pihak Pasukan HESS E&P.

Sesi pertukaran cenderahati daripada kedua-dua pasukan.
Sesi pertukaran cenderahati daripada kedua-dua pasukan.

Perlawanan tersebut berkesudahan HESS E&P – 3 dan Pasukan Champion 7 -8.

Selain itu, perlawanan juga diadakan bertujuan bagi mengeratkan tali silaturahim di antara kedua-dua pasukan sambil menjadikan bolasepak sebagai salah satu aktiviti dan budaya hidup sihat oleh kakitangan Brunei Shell Petroleum.

HESS Exploration and Production adalah salah sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan minyak dan gas.

ARTIKEL YANG SAMA