Aktiviti tahunan menjelang bulan Ramadan

Aktiviti tahunan menjelang bulan Ramadan

Oleh Syahmi Hassan

 

BARU-baru ini, Majlis Tahlil dan Doa Arwah Sekampung telah diadakan di Masjid Kampung Telisai selepas Solat Maghrib. Majlis itu telah dihadiri oleh kira-kira lebih 100 orang para jemaah lelaki dan perempuan, termasuk ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Telisai serta penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Telisai yang telah dihadiri oleh Ketua Kampung Telisai, Awang Maidin bin Abd. Wahid.

Bacaan tahlil dan doa arwah telah diketuai oleh Imam Kampung Telisai, Haji Junadi bin Haji Sabtu dan juga Ketua Imam, Awang Didi Normadey bin Awang Ahmad yang juga Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Telisai.

Takmir Masjid dan MPK Kampung Telisai juga telah mengadakan kempen membersihkan kawasan tanah perkuburan di Kampung Telisai.

Kempen kebersihan Tanah Perkuburan Islam Latukan Kampung Telisai telah diadakan bermula seawal jam 7 pagi dan telah berakhir kira-kira jam 9:30 pagi.

Sekitar kempen kebersihan Takmir Masjid dan MPK Kampung Telisai.
Sekitar kempen kebersihan Takmir Masjid dan MPK Kampung Telisai.

Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan bersama oleh Takmir Masjid dan MPK Kampung Telisai yang diadakan sebelum menjelangnya bulan Ramadan pada setiap tahun.

Para peserta yang telah menyertai aktiviti membersihkan kawasan tanah perkuburan pada pagi tersebut adalah terdiri daripada para penduduk yang tinggal di kawasan Kampung Telisai dan juga ahli-ahli keluarga kepada mereka yang telah meninggal dunia, yang datang dari kampung yang lain serta tidak ketinggalan juga disertai oleh anggota-anggota dari Pasukan Polis Diraja Brunei Balai Polis Tutong. Turut bersama hadir di pagi itu ialah Penasihat Takmir Masjid Kampung Telisai, Dato Paduka Awang Haji Mahadi bin Haji Wasli.

ARTIKEL YANG SAMA