Aktiviti tahunan Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali

Aktiviti tahunan Muslimah Masjid Sultan Sharif Ali

Oleh Salawati Haji Yahya

 

SEBANYAK 10 buah masjid di Daerah Brunei dan Muara menyertai Majlis Khatam Al -Quran 70 kali khatam sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana majlis tersebut telah berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong baru-baru ini.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Muslimah masjid berkenaan dalam usaha memeriahkan masjid selain mengeratkan hubungan dalam kalangan Muslimah masjid yang lain.

Ini merupakan kali keempat majlis seumpama ini anjuran oleh masjid berkenaan selain mengadakan majlis bacaan Ratib Al-Attas yang diadakan setiap bulan.

Jemaah Muslimah masjid berkenaan juga aktif mengadakan beberapa aktiviti keagamaan seperti tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan Ramadan.

Antara Muslimah masjid yang menyertai dalam majlis khatam.
Antara Muslimah masjid yang menyertai dalam majlis khatam.

ARTIKEL YANG SAMA