Akuarium sili...

Akuarium silinder tertinggi dunia di Moscow

MOSCOW, 12 Jan – Akuarium silinder tertinggi di dunia, yang memiliki lif dan terowong lintasan pertama kali dibuka di Oceania Mall di Moscow, Rusia.

Akuarium akrilik setinggi 24 meter ini yang direka dan dibina oleh International Concept Management (ICM) kini merupakan titik tumpuan bagi pusat membeli-belah terbaharu di ibu negara Rusia.

ICM mereka akuarium itu untuk menawarkan pengalaman yang menarik dan dijadikan sebagai hiasan ruang tengah bagi pembeli-belah di pusat beli-belah tersebut.

Demi mencapainya, ICM mereka dan membina akuarium yang mampu menjadi tarikan dari segi seni bina, yang langsung membuatkan tetamu berasa seakan-akan berada di persekitaran dalam air. – Bernama

 

ARTIKEL YANG SAMA