AkzoNobel lancar dua produk cat baru

AkzoNobel lancar dua produk cat baru

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Syarikat cat terkemuka dan pengeluar jenama Dulux, AkzoNobel hari ini memperkenalkan dua produk cat dinding premium di majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, di sini, malam ini.

Hadir mengumumkan pelancaran itu ialah Pengarah Urusan Decotative Paints AkzoNobel bagi Asia Tenggara dan Asia Selatan serta Timur Tengah, Jeremy Rowe yang juga memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Akzo-Nobel untuk kemudahan para pelanggannya.

Majlis dimulakan dengan kunjungan media ke pameran produk-produk baru dan diikuti dengan sidang media dengan Jeremy Rowe dan Pengurus Besar LF Asia Borneo, Anna Chong.

Pengamal media diberikan taklimat mengenai dua produk baru iaitu Dulux Ambiance dan Dulux Weathershield Power-flexx.

Menurut Jeremy, Dulux Ambiance adalah gabungan salutan paling premium dan ditambah kesan khas dalam logam, linen, marmar dan baldu.

Pelancaran produk oleh Jeremy dan Anna.
Pelancaran produk oleh Jeremy dan Anna.

Dulux Ambiance yang dicipta oleh pakar-pakar warna berdasarkan formulasi penyelesaian cat hiasan dinding terkini dan membolehkan pemilik rumah menjadikan inspirasi satu kenyataan, meningkatkan keindahan ruang dan menambah sentuhan peribadi terhadapnya.

The Dulux Weathershield Powerflexx pula adalah versi baru Weathershield, jelas Jeremy.

“Ia adalah elastomer, bermakna ia perlindungan terbaik bagi retakan dan menghalang air daripada masuk ke dalam retakan,” kata Jeremy.

The Weathershield Power-flexx juga antikulat dan ia tidak pudar atau mendapat kesan kotoran.

Ia juga mempunyai teknologi tiga kali lebih baik daripada mana-mana cat luaran premium lain, memberikan pilihan cat inovasi dan secara menyeluruh meliputi retak garis halus, yang memastikan air hujan tidak meresap melalui retak di dinding.

Bercakap tentang perkhidmatan baru, Jeremy menegaskan bahawa Dulux Visualizer dan aplikasi untuk telefon pintar dan tablet untuk kedua-dua peranti Apple dan Android membolehkan pengguna untuk melihat warna pada dinding mereka sebelum mengecat.

Beliau juga menegaskan bahawa para pengguna hanya perlu melihat video melalui peranti dan melihat warna sebenar dinding serta menukarkannya, menambah bahawa aplikasi itu boleh dimuat turun secara percuma.

Anna Chong, sebagai wakil pengedar tempatan LF Asia, melahirkan rasa teruja dengan pelancaran produk baru.

“Saya secara peribadi amat teruja, warna Cat Ambience misalnya pastinya disukai warga Brunei untuk cat rumah mereka dan saya kira, ia akan menjadikan rumah mereka sangat menarik dan bakal diterima baik oleh semua,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA