Al Ain musnahkan harapan Lokomotiv

Al Ain musnahkan harapan Lokomotiv

TASHKENT, 14 Sept – Harapan Lokomotiv untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-juara Asia buat pertama kali dimusnahkan selepas ledakan pemain sayap pada minit ke-38 memberikan Al Ain kemenangan 1-0 di Tashkent kelmarin.

Kelab dari Uzbekiztan itu di posisi teratas untuk menempah tempat dalam empat pasukan terakhir berikutan keputusan seri mereka di UAE tiga minggu lepas di perlawanan pertama suku akhir.

Namun mereka menghadapi lawan yang sukar iaitu Al Ain yang mendominasi perlawanan itu dan pulang sebagai pemenang untuk kekal dalam laluan bagi gelaran kedua benua selepas memenangi kejohanan itu pada 2003.

Kekalahan Lokomotiv juga menyaksikan kempen Uzbekiztan dalam Liga Juara-juara Asia ditenggelamkan pada pusingan kalah mati sekali lagi, dengan tiada pasukan dari negara Asia Tengah setakat ini mara ke perlawanan akhir.

Pakhtakor tunduk selepas kekalahan separuh akhir pada 2003 dan 2004, sementara Bunyodkor tersingkir ketika peringkat sama pada 2008.

Salah satu aksi dalam perlawanan tersebut yang berakhir dengan kemenangan pasukan Al Ain.
Salah satu aksi dalam perlawanan tersebut yang berakhir dengan kemenangan pasukan Al Ain.

Bagi beberapa pemain Lokomotiv ia merupakan satu dejavu kerana mereka adalah sama seperti Pakhtakor atau Bunyodkor ketika mereka terlepas pada sedekad sebelumnya, termasuk dua kali Pemain Sepanjang Tahun AFC Server Djeparov, kapten Timur Kapadze dan penjaga gawang Ignatiy Nesterov.

Zlatko Dalic dari Al Ain, yang masih terasa akan kekalahan 5-1 ke atas musuh domestik Al Ahli di Piala Liga UAE minggu lepas, telah bertekad untuk membetulkan kesalahan, dan mereka berjaya melakukannya dengan cemerlang.

Penjaga gawang Khalid Eisa terpaksa untuk beraksi beberapa kali, namun Al Ain yang datang dengan lebih banyak langkah-langkah bahaya.

Bintang UAE Omar Abdulrahman menjadi tumpuan perlawanan dengan kawalan bolanya, sementara Danilo Asprilla dan Doughlas tidak begitu bersinar pada separuh masa pertama.

Kebuntuan berjaya dipecahkan dengan masa perlawanan hanya tinggal tujuh minit dalam separuh masa pertama apabila bekas bintang Kashima Antlers Caio membawa bola dari tengah padang sebelum memberikan hantaran kepada Doughlas.

Ledakan Douglas berjaya ditepis oleh penjaga gawang Kaki Makharadze, namun Caio sudah bersedia bagi sebarang bola liar dan menjaringkan gol melalui ledakan tinggi bagi satu-satunya gol dalam perlawanan itu. – AFP