Al Fattah jua...

Al Fattah juara futsal belia

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Pasukan Al Fattah muncul juara setelah menewaskan Pasukan Al Qahhar dengan jaringan 4-2 di dalam Kejohanan Futsal Belia Masjid Kampung Batu Marang. Perlawanan tersebut telah diadakan di Gelanggang Futsal Meteora Kapok baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis pembukaan rasmi sebelah pagi ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Ketua Zon 2A Daerah Brunei Muara, Awang Muhammad Amin bin Haji Salim dan turut dihadiri oleh Ketua Kampung Batu Marang yang juga selaku penasihat takmir masjid, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid dan para belia masjid.

Sebanyak enam buah pasukan yang telah menyertai kejohanan ini iaitu pasukan Al-Aleem, Al-Fattah, Al Qahhar, Ar Razzaq, Al-Wahhab dan Al-Jabbar.

Penyampaian pingat dan hadiah baju ‘T’ yang diadakan di sebelah petang telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid yang juga selaku ketua imam Masjid Kampung Batu Marang, Awang Saiful Rizal bin Haji Abd Ghafar.

Gambar ramai peserta dan mereka yang terlibat menjayakan kejohanan tersebut.
Gambar ramai peserta dan mereka yang terlibat menjayakan kejohanan tersebut.