Al-Idrus anjur perlawanan persahabatan

Al-Idrus anjur perlawanan persahabatan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Pasukan bola sepak Al-Idrus baru-baru ini telah menganjurkan perlawanan persahabatan futsal di antara Al-Idrus Junior dan Al-Idrus Veteran yang diadakan di gelanggang futsal Institut Pendidikan Brunei (ITB).

Hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Al-Idrus, Sheikh Nordin dan pihak pengurusan Al-Idrus.

Perlawanan itu diadakan adalah sebagai salah satu aktiviti tahunan pasukan tersebut yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara warga Al-Idrus.

Al-Idrus telah ditubuhkan sejak 2011 di mana Pasukan Al-Idrus Junior merupakan antara pasukan yang menyertai Liga Daerah NFABD manakala Al-Idrus Veteran merupakan antara pasukan yang aktif menyertai Liga Veteran VFA. – Hardy AJ

Sesi bergambar ramai sebelum perlawanan itu bermula.
Sesi bergambar ramai sebelum perlawanan itu bermula.

ARTIKEL YANG SAMA