Al-Idrus julang Piala Sumbangsih

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Pasukan Al-Idrus membuka tirai penyertaan bola sepak Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam dengan cemerlang apabila berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2017 hari ini.

Al-Idrus membenam musuh tradisinya Pasukan XN FT di Kompleks Sukan Tutong apabila berjaya membenam juara Piala Presiden dan Piala FA musim 2016 dengan jaringan 4-0.

Haji Mohd Subhi Abdillah bin Haji Bakir membakar semangat rakan sepasukannya apabila berjaya membuat dua jaringan dalam masa dua minit pada minit ke-34 dan satu lagi pada minit ke-36.

Dua lagi jaringan pasukan Al-Idrus dijaringkan oleh Mohd Sadiy Abdullah Tujoh pada minit ke-41 sebelum Ede Ersham Mohd Salleh menggegarkan gawang XN FT pada minit ke-71 dan seterusnya memastikan penguasaan Al-Idrus sehingga ke wisel penamat.

Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan perlawanan itu dan menyempurnakan penyampaian hadiah di akhir majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong.

Yang Berhormat Haji Abdul Wahab menyerahkan Piala Sumbangsih kepada pasukan juara.
Yang Berhormat Haji Abdul Wahab menyerahkan Piala Sumbangsih kepada pasukan juara.
Aksi kedua-dua pasukan ketika perlawanan berlangsung.
Aksi kedua-dua pasukan ketika perlawanan berlangsung.