Al-Idrus pesta gol benam BESA FC

Al-Idrus pesta gol benam BESA FC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sebanyak empat perlawanan berlangsung serentak hari ini di dalam perebutan Piala FA Persatuan Bolasepak Veteran di empat lokasi berbeza sebelum diadakan empat lagi perlawanan Ahad ini nanti.

Al- Idrus mencatatkan kemenangan terbesar apabila membenam Pasukan BESA FC dengan jaringan 12-1 dan menyaksikan Ismail OKS Haji Tengah melengkapkan hatriknya diikuti dengan Sheikh Nordin Sheikh Mohd dan Ishak Haji Ibrahim, masing-masing menjaringkan dua gol bagi Al-Idrus.

Edy Ruslan Abdul Samad, Haironi Abdullah, Mohd Nor Tanjung dan Azmi Ahmad menjaringkan satu gol setiap seorang, manakala Masroni Junaidi menyumbangkan gol saguhati bagi BESA diikuti dengan satu jaringan sendiri oleh pemain pertahanan BESA.

(Dari kiri) Awang Dayem, Haji Madli, Pengiran Haji Mohiddin dan Pengiran Mohd Amirrizal semasa Sidang Media Festival Bolasepak B-14 Serantau AFC 2016 berkenaan.
(Dari kiri) Awang Dayem, Haji Madli, Pengiran Haji Mohiddin dan Pengiran Mohd Amirrizal semasa Sidang Media Festival Bolasepak B-14 Serantau AFC 2016 berkenaan.

Dalam perlawanan lain pula menyaksikan Mohais tampil pemenang ketika membenam BIP FT dengan jaringan 7-2, IKLS Veteran menewaskan MISSA United FC 7-4 dan PSJD menumpaskan KPPKSK dengan jaringan 4-0.

Sementara itu, empat perlawanan yang diadakan pada Ahad menyaksikan perlawanan antaranya Pasukan Rimba Star menentang KB Warriors di Padang Dewan Kemasyarakatan Mukim Kilanas, RB Veteran akan menentang XN FT di padang Kelab Rekreasi Diraja Brunei, Stoneville akan menentang Old Star di Kompleks Sukan Batu Apoi dan MPK PB akan menentang I-Team di Kompleks Sukan Sungai Kebun.

ARTIKEL YANG SAMA