Al-Jannah tawar pelbagai jenis barangan

Al-Jannah tawar pelbagai jenis barangan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Feb – Bidang keusahawanan kini semakin dipelopori oleh masyarakat Melayu tempatan dan hari ini sebuah lagi kedai di Daerah Tutong yang diberi nama Al-Jannah (House of Paradise) telah pun dirasmikan.

Al-Jannah yang diusahakan oleh lima bersaudara itu menawarkan pelbagai jenis pakaian Muslimah dan Muslimin seperti blaus, tudung dan jubah serta peralatan sekolah, perhiasan rumah dan barang-barang kraf yang terkini.

Menurut salah seorang pemilik kedai, Hajah Norlelah binti Haji Kechi, tujuan penubuhan adalah bagi menyahut seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menceburi bidang perniagaan yang diusahakan oleh bumiputera.

Pada masa ini, mereka juga menjual makanan berupa ‘pack food’ dalam peti sejuk seperti krep durian, strudel, kek cawan dan puding.

Pemilik-pemilik kedai Al-Jannah iaitu Hajah Norlelah dan Dayang Naemah.
Pemilik-pemilik kedai Al-Jannah iaitu Hajah Norlelah dan Dayang Naemah.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Dayang Naemah binti Haji Abdullah yang juga pemilik kedai tersebut menjelaskan mereka akan menyediakan kedai jahit pakaian perempuan dan lelaki mengikut cita rasa pelanggan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah mengunjungi kedai mereka yang terletak di Bangunan Hajah Mariana binti D.H Haji Abd Wahab, Unit 2 Kampung Petani Tutong yang dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 8.45 pagi hingga 6 petang.

Untuk kemudahan lain, para pelanggan juga boleh melayari Instagram mereka di @houseofparadise.bn dan @houseofmian.

ARTIKEL YANG SAMA