Al-Mufakkirun jaguh futsal Sukan UNISSA

Al-Mufakkirun jaguh futsal Sukan UNISSA

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Rumah Al-Mufakkirun (Perak) berjaya memenangi pingat emas acara sukan futsal dalam Sukan Tahunan dan Hari Usrah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) 2016 selepas meraih sembilan mata maksimum.

Sementara itu, pingat perak pula menjadi milik Rumah Asy-Syatirun (hijau) dengan enam mata, manakala Rumah Al-Abqoriyuun (ungu) berpuas hati meraih pingat gangsa. Sebuah lagi pasukan yang menyertai kejohanan futsal itu ialah Rumah Al-Mujtahidun (Emas).

Turut menyertai kejohanan di Dewan Hangar, Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Airport Lama, Berakas itu ialah Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, yang juga kemudiannya menyempurnakan pengalongan pingat kepada para pemenang.

Dr. Haji Norarfan (merah) ketika beraksi menyertai perlawanan tersebut.
Dr. Haji Norarfan (merah) ketika beraksi menyertai perlawanan tersebut.

Rumah Al-Mufakkirun cemerlang dalam kejohanan yang dijalankan secara format liga satu pusingan (round robin) berkenaan dengan catatan kemenangan 1-0 ke atas Rumah Al-Mujtahidun, 2-0 ke atas Rumah Asy-Syatirun dan 1-0 ke atas Rumah Al-Abqoriyuun.

Rumah Asy-Syatirun pula menang 1-0 ke atas Rumah Al-Abqoriyyun dan menewaskan Rumah Al-Mujtahidun 2-0 untuknya memenangi pingat perak.

Pertembungan di antara Rumah Al-Abqoriyuun dengan Rumah Al-Mujtahidun pula berakhir seri 1-1, tetapi Rumah Al-Abqoriyuun diberikan pingat gangsa kerana jumlah perbezaan gol yang lebih tinggi iaitu -2 berbanding -3 yang dicatat Rumah Al-Mujtahidun.

ARTIKEL YANG SAMA