Al Nasr keluar daripada kejohanan AFC

Al Nasr keluar daripada kejohanan AFC

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Al Nasr diarahkan supaya membatalkan pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara AFC 3-0 hari ini selepas penyerang kelahiran Brazil Wanderley didapati bermain di bawah pasport palsu Indonesia.

Wanderley menjaringkan gol pembukaan Al Nasr dalam kemenangan 3-0 mereka ke atas El Jaish di Qatar, tetapi Gabungan Bola Sepak Asia menamakannya sebagai seorang pemain yang tidak layak dan mengubah keputusan sebelum pusingan kedua pada minggu ini.

“Jawatankuasa disiplin Gabungan Bola Sepak Asia telah mengarahkan perlawanan pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara AFC El Jaish melawan Al Nasr dibatalkan,” kata kenyataan AFC.

“Jawatankuasa memutuskan, berdasarkan maklumat yang diterima daripada pelbagai pihak berkuasa negeri dan setelah menganalisis fail kes, bahawa pasport Indonesia yang diberikan untuk mendaftar Wanderley adalah palsu,” tambahnya.

Wanderley, 27, menyertai Al Nasr pada Julai dan menjaringkan gol pembukaan dalam kemenangan ke atas El Jaish pada bulan lalu, namun dia digantung buat sementara waktu disebabkan keraguan timbul berhubung kerakyatannya.

Pasukan dibenarkan menurunkan tiga warga asing dalam pertandingan, serta seorang lagi jika pemain itu mempunyai kerakyatan Asia.

AFC berkata siasatan sedang diteruskan dalam siapa yang bertanggungjawab terhadap “pemalsuan” pasport Wanderley.

Al Nasr, yang tidak pernah memasuki separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum ini, menjadi tuan rumah kepada El Jasih untuk pusingan suku akhir di Dubai pada Rabu. – AFP