Al Nasr, Seoul kuasai Liga Juara-juara AFC

Al Nasr, Seoul kuasai Liga Juara-juara AFC

SEOUL, 25 Ogos – Seoul FC terus memberi saingan dalam Liga Juara-juara AFC peringkat suku akhir selepas mengatasi Shandong Luneng 3-1 pada perlawanan pertama di ibu negara Korea, Rabu lalu.

Gol daripada Park Chu-Young, Dejan Damjanovic dan penjaring terbanyak daripada Brazil, Adriano memberikan mereka kelebihan dua gol dalam perlawana di China nanti bagi perlawanan kedua pada 14 September.

Adriano diletakkan di bangku simpanan selepas mempunyai prestasi yang merosot baru-baru ini walaupun telah menjaringkan 11 gol dalam Liga Juara-juara pada musim ini. Sebaliknya, bekas penyerang Arsenal, Park lebih suka dengan rakan sepasukannya Damjanovic untuk berada dalam posisi depan.

Hantaran pemain Seoul berjersi 10 menemui Damjanovic mempunyai peluang di kotak penalti apabila tandukkannya tidak berhasil membuka jaringan untuk gol kelapannya dalam lapan perlawanan terakhirnya dari tepi kotak penalty.

Reaksi Park Chu-Young (kanan) selepas menjaringkan gol semasa menentang Shandong Luneng FC di peringkat suku akhir Liga Juara-juara AFC di Seoul, kelmarin. – AFP
Reaksi Park Chu-Young (kanan) selepas menjaringkan gol semasa menentang Shandong Luneng FC di peringkat suku akhir Liga Juara-juara AFC di Seoul, kelmarin. – AFP

Manakala Park, iaitu pemain man-of- the-match mengambil peluang daripada ketumpulan pertahan pasukan Shandong pada minit ke 31 dan akhirnya berjaya menggandakan kedudukan 2-0.

Namun faul di luar kotak penalti dan rembatan dari sepakan percuma Walter Montillo berjaya memberikan Pasukan Shandong untuk mengurangkan defisit mereka kepada 2-1 pada minit ke 35.

Hanya sembilan minit kemudian, Damjanovic dari Pasukan Seoul FC berjaya melebarkan kedudukan kepada 3-1.

Pada perlawan lain, di Doha, Qatar Pasukan El Jaish telah dibelasah 3-0 oleh Al Nasr dari Emiriah Arab Bersatu hasil daripada penyerang Brazil mereka, Wanderleyme. – AFP