Al-Qaeda bunuh 19 orang awam

Al-Qaeda bunuh 19 orang awam

BEIRUT, 13 Mei (AFP) – Pejuang-pejuang Al-Qaeda dan sekutu-sekutunya menembak mati 19 orang awam dari minoriti Alawi Presiden Bashar al—Assad di rumah mereka sendiri selepas merampas perkampungan mereka di tengah Syria, menurut pemerhati hari ini.

Penduduk kampung yang lainnya diculik berikut serangan itu di mana lapan militan pro-rejim dibunuh apabila cuba untuk mempertahankan Al-Zara di wilayah Hama, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

“Ketika serangan itu, mereka memasuki rumah-rumah dan melepaskan tembakan kepada keluarga-keluarga, membunuh sekurang-kurangnya 19 orang awam, termasuk enam wanita,” ketua Pemerhati Abdel Rahman memberitahu AFP.

Agensi berita kerajaan SANA mengutuk “pembunuhan” penduduk kampung di Hama itu, seperti wilayah jiran Homs yang terutamanya Sunni namun lebih ketara dihuni minoriti Alawi.

“Kumpulan-kumpulan pengganas menceroboh Al-Zara dan menjalankan satu pembunuhan dan juga kemusnahan dan kecurian,” lapornya lagi.

Perang saudara lima tahun di Syria telah meningkatkan kebencian sektarian di antara majoriti Sunni negara itu dan minoriti Alawi yang merupakan tunggak utama rejim Assad.

Alawi pengikut cabang Islam Syiah yang tertumpu terutamanya di wilayah-wilayah pantai Mediterranean Latakia dan Tartus dianggap bidaah oleh pengganas Sunni Al-Qaeda.

ARTIKEL YANG SAMA