Al-Qaeda dakwa lakukan serangan maut Ivory Coast

Al-Qaeda dakwa lakukan serangan maut Ivory Coast

GRAND-BASSAM, Ivory Coast, 14 Mac (AFP) – Lelaki-lelaki bersenjata telah membunuh 16 orang di sebuah peranginan Ivory Coast semalam, dengan meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di pantai, dalam satu serangan yang mana gabungan Al-Qaeda telah mengaku melancarkannya, ketika kebimbangan meningkat akan ancaman meningkat pejuang jihad di barat Afrika.

Bersenjatakan bom tangan dan raifal, para penyerang menyerbu tiga buah hotel di peranginan sepi, Grand-Bassam, yang popular dengan para ekspatriat, kira-kira 40 kilometer timur pusat komersial Abidjan.

Para saksi menceritakan tentang kepanikan ketika lelaki-lelaki bersenjata melepaskan tembakan di pantai, dan seorang saksi memberitahu AFP bahawa mereka mendengar seorang penyerang melaungkan “Allahu Akbar”.

“Saya melihat salah seorang penyerang dari jauh,” kata Abbas El-Roz, seorang jurujual berbangsa Lubnan yang berada di dalam kolam renang di sebuah hotel apabila para penyerang menyerang. “Dia memiliki Kalashnikov dan tali pinggang bom tangan. Dia mencari orang.”

Empat belas orang awam dan dua anggota pasukan khas terbunuh dalam serangan penembakan itu, berserta dengan enam orang penyerang, menurut Presiden Ivory Coast Alassane Ouattara.

“Bilangan kematian ramai,” menurutnya ketika dia tiba di Grand-Bassam, dengan menyifatkan pembunuhan itu sebagai serangan ‘pengganas’.

Seorang warga Perancis dan seorang warga Jerman adalah antara yang terbunuh, menurut Menteri Dalam Negeri Hamed Bakayoko.

AS dan bekas ketua jajahan, Perancis, menawarkan untuk membantu kerajaan Ivory mencari para penjenayah, dengan Presiden Perancis Francois Holland menyelar ‘serangan pengecut itu’.

Kumpulan Perisikan SITE yang beribu pejabat di Al-Qaeda di Maghrib Islam (AQIM), gabungan Afrika Utara kumpulan pengganas itu mengaku melancarkan serangan itu.

AQIM dalam kenyataannya mengatakan tiga dari pejuangnya telah terbunuh.