Al-Qaeda dan cawangan Syria berpisah

Al-Qaeda dan cawangan Syria berpisah

BEIRUT, 29 Julai – Cawangan Al-Qaeda Syria, Al-Nusra Front berkata kelmarin ia memutuskan hubungan dengan rangkaian pengganas global, dalam satu video yang menyiarkan pemimpinnya Abu Mohamad al-Jolani buat pertama kalinya.

Rakaman yang disiarkan oleh rangkaian berita Al-Jazeera disusuli beberapa hari sembang online berhubung perpisahan antara Al-Qaeda dan ahli gabungan Syrianya, pesaing utama kumpulan jihad Islamic State (IS) yang mana ia ingin menjarakkan dirinya sebagai sasaran serangan udara luar negeri.

Muncul di khalayak ramai buat pertama kali, Jolani berkata Al-Nusra merubah namanya kepada Jabhat Fateh al-Sham dan akan menyatukan barisan dengan pejuang aliran utama lain di Syria.

“Kami memutuskan untuk berhenti beroperasi di bawah sepanduk Al-Nusra dan menubuhkan barisan baru yang digelar Jabhat Fateh al-Sham,” katanya.

Memakai turban dan pakaian ala-ala tentera, Jolani berjanggut berterima kasih kepada ‘komander-komander Al-Qaeda kerana memahami akan perlunya untuk memutuskan hubungan’. Dan dia berikrar kumpul baru itu ‘tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan parti-parti asing’. – AFP