Al-Qaeda keluarkan video tebusan warga Swiss

Al-Qaeda keluarkan video tebusan warga Swiss

DAKAR, 27 Jan – Al-Qaeda di Maghreb Islam (AQIM) telah mengeluarkan video yang memaparkan seorang biarawati Swiss yang telah diculik di utara Mali hampir tiga minggu lalu dalam pengakuan pertama bagi penculikan itu, menurut Kumpulan Perisikan SITE.

Video itu yang menggariskan syarat pembebasan Beatrice Stockly, seorang mubaligh Swiss yang menetap di Timbuktu, adalah indikasi terbaru keselamatan yang semakin teruk di utara Mali, beberapa bulan selepas perjanjian damai ditandatangani.

Stockly, yang pernah diculik pada tahun 2012 muncul dengan mengenakan vel dan menyatakan klip itu dirakamkan pada 19 Januari dalam video lapan minit yang belum dapat disahkan.

“Kami, al-Qaeda di Maghreb Islam, rantau Sahara, mengisytiharkan tanggung jawab kami diatas penculikan seorang Kristian Beatrice Stockly yang mana usahanya telah mengakibatkan ramai keluar dari Islam dengan menarik minat mereka dengan sedikit kehidupan dunia ini,” kata seorang pejuang yang bertutur bahasa Inggeris.

Video itu juga menggariskan syarikat tuntutan kumpulan itu, yang termasuklah pembebasan anggota-anggota yang dipenjara oleh kerajaan Mali dan Ahmad Al Faqi Al Mahdi, yang sedang dalam tahanan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Utara besar Mali tidak stabil sejak 2012, apabila kumpulan pemberontak pemisah dan pejuang berani mati menawan kawasan itu.

Meskipun pasukan Perancis menyebabkan mereka bertempiaran dari bandar-bandar pada tahun berikutnya, mereka telah meningkatkan serangan beberapa bulan kebelakangan. – Reuters