Al-Qasssam hukum pengintip Israel

Al-Qasssam hukum pengintip Israel

BAITULMAQDIS, 8 Feb – Pemerhati Hak Asasi Manusia telah menyelar Hamas atas pembunhan pejuangnya sendiri selepas sayap kumpulan militan Palestin itu berkata pembunuhan itu telah dilakukan pada hujung minggu.

Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas yang menakluki Jalur Gaza berkata ia telah membunuh salah seorang ahlinya kelmarin, dengan sumber dikenali mengatakan dia dihukum kerana dituduh menjadi pengintip bagi Israel.

“Briged Al-Qassam mengumumkan hukuman terhadap ahlinya Mahmud Eshtawi telah dijalankan hari ini,” menurut Briged itu dalam satu keterangan.

Hamas telah lama menjalankan hukuman bunuh terhadap orang-orang yang dituduh mengintip di Jalur Gaza, termasuk dalam dataran awam di kawasan Palestin dan sering tanpa perbicaraan telus.

Bagaimanapun pembunuhan ini nampaknya kali pertama Al-Qassam sendiri menghukum orangnya sendiri melalui mahkamah mempertahankan diri dan menghukum bunuhnya.

Briged Al-Qassam ketika berada di salah satu terowong mereka di Jalur Gaza. – Reuters
Briged Al-Qassam ketika berada di salah satu terowong mereka di Jalur Gaza. – Reuters

Al-Qassam tidak menyediakan butir-butir tuduhan terhadapnya, selain mengatakan tentera “briged” dan jawatankuasa kehakiman Islam mengeluarkan perintah hukuman itu kerana dia menyalahi undang-undang dan etika.”

Tugas-tugas Eshtawi termasuk menyelia terowong-terowong yang sebelumnya digunakan untuk menyimpan senjata-senjata dan menjalankan serangan ke atas Israel, menurut sumber itu lagi.

Menurut sumber-sumber, dia bertanggungjawab ke atas unit besar dan sebelum ini rakan rapat Mohammed Deif, ketua Al-Qassam yang sering menjadi sasaran cubaan-cubaan pembunuhan daripada pihak Israel.

Sejak bermulanya 2016, empat orang warga Gaza telah dijatuhkan hukuman bunuh selepas dituduh menjadi pengintip bagi Israel.

Jaluar Gaza telah melihat tiga peperangan dengan Israel sejak 2008. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA