Al Shaabab dalang bom pesawat Somalia

Al Shaabab dalang bom pesawat Somalia

MOGADISHU, 4 Feb – Para penyiasat mengesyaki kumpulan militan Al Shabaab merupakan dalang di sebalik serangan berkemungkinan letupan bom yang memaksa pesawat Airbus A321 untuk melakukan pendaratan kecemasan minggu ini di ibu negeri Somalia, Mogadishu, menurut sumber-sumber kerajaan AS kelmarin.

Satu penyiasat sumber kerajaan AS mempercayai kumpulan militan Islam Al Shabaab melakukan serangan itu. Bagaimanapun, pegawai-pegawai berkata tiada siapa pun mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Seorang lelaki telah terbunuh akibat letupan itu Selasa lalu dalam pesawat Daallo Airlines, seorang pegawai berkata. Pihak berkuasa setempat utara Mogadishu berkata mayat seorang lelaki, dipercayai disedut keluar melalui lubang akibat letupan itu, dijumpai di kawasan mereka.

Dua sumber kerajaan AS berkata kelmarin ujian forensik dalam telah mendapati kesan kemungkinan bom TNT pada pesawat tersebut. Namun seorang pegawai memberi amaran ujian sebegitu mempunyai kadar belum dapat dipastikan, dan ujian-ujian lanjut sedang dijalankan.

Sumber-sumber kerajaan AS berkata, bagaimanapun, tatkala penyiasatan sedang dijalankan, para penyiasat semakin yakin suatu bentuk bom memang meletup pada pesawat itu.

Gambar yang diambil sebaik selepas pesawat tersebut membuat pendaratan kecemasan baru-baru ini. – Reuters
Gambar yang diambil sebaik selepas pesawat tersebut membuat pendaratan kecemasan baru-baru ini. – Reuters

Bagaimanapun, tiada ulasan segera daripada Al Shabaab, kumpulan Islam Somalia yang melancarkan pemberontakan terhadap bahagian barat yang disokong kerajaan Somalia. Ia telah menjalankan beberapa serangan yang kerap kepada pegawai-pegawai, pejabat-pejabat kerajaan dan tempat-tempat awam.

Daallo Airlines, yang tidak merujuknya sebagai letupan, menyatakan dalam laman sesawangnya ‘insiden’ yang menyebabkan lubang pada badan pesawat berlaku 15 minit selepas berlepas.

“Juruterbang berjaya untuk mendaratkan balik pesawat di Lapangan Terbang Mogadishu dengan selamat dan tanpa sebarang insiden lanjut. Semua penumpang, kecuali seorang, selamat mendarat,” katanya, menambah siasatan lanjut dijalankan mengenai “sebab seorang penumpang yang hilang.”

Dua penumpang dibawa ke hospital dengan kecederaan ringan, tambahnya.

“Siasatan masih dilanjutkan,” pengarah penerbangan awam Somalia, Abdiwahid Omar berkata dalam laman sesawang radio negara.

Pihak berkuasa setempat berkata mayat seorang penumpang ditemui di kawasan Balcad, kira-kira 30 kn (19 batu) utara Mogadishu. – Reuters