Al-Shabab mengaku letak bom dalam pesawat

Al-Shabab mengaku letak bom dalam pesawat

MOGADISHU, 14 Feb – Pemberontak Al-Shabaab Somalia Sabtu lalu mengaku bertanggungjawab atas letupan yang menyebabkan badan sebuah pesawat berlubang minggu lalu. Suspek pengebom terbabit disedut keluar dari pesawat Daallo Airlines menerusi lubang sebesar satu meter apabila letupan itu menyebabkan tekanan dilepaskan dari dalam kabin pesawat, kata pihak berkuasa minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, pihaknya melakukan serangan dalam pesawat untuk membalas dendam atas jenayah dilakukan tentera pakatan Barat.

“Harakat Al-Shabaab Al Mujahideen melancarkan operasi dalam pesawat sebagai balasan atas jenayah dilakukan tentera pakatan Barat dan agensi perisikannya ke atas umat Islam di Somalia,” katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA