Al-Taqwa dibenar kendali pakej haji, umrah

Al-Taqwa dibenar kendali pakej haji, umrah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama memaklumkan orang ramai bahawa Syarikat Al-Taqwa Travel Tours Sendirian Berhad telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan pakej umrah bagi sesi tahun 1437 Hijrah hingga tahun 1439 Hijrah.

Dengan itu, jumlah agensi pelancongan yang diberikan kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan pakej haji dan pakej umrah bagi sesi tahun 1437 Hijrah hingga tahun 1439 Hijrah kini lima buah iaitu Darussalam Holdings Sdn. Bhd., Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd., Continental Yachting Sdn. Bhd., Raudah Al-Amin Sdn. Bhd. dan Al-Taqwa Travel Tours Sdn. Bhd.

Orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat haji dan umrah adalah dikehendaki untuk mengikuti pakej syarikat-syarikat berkenaan bagi memastikan urusan-urusan perjalanan haji dan umrah berjalan dengan sempurna dan teratur.