Alacrety juarai Larian Muzium Brunei 2015

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Kumpulan Alacrety mencatat sejarah manis apabila dinobatkan sebagai pemenang sulung dan penerima hadiah utama Larian Muzium Brunei 2015 yang julung-julung kalinya diadakan bersempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Muzium-Muzium.

Mencabar rapat di belakang ialah sekumpulan tiga wanita yang menamakan diri mereka sebagai Dayang Semaun yang menduduki di tempat kedua dan Team Twenty Seven di tempat ketiga.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

Hadir sama ialah Kurator Ilmu Kejadian di Jabatan Muzium-Muzium, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali, Pegawai Tugas-Tugas Khas di Jabatan Muzium-Muzium, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Quddus dan Pengerusi Larian Muzium 2015, Pengiran Dr Karim bin Pengiran Haji Osman.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman bergambar ramai bersama para pemenang Larian Muzium 2015, bersempena Sambutan Jubli Emas Penubuhan Jabatan Muzium-Muzium pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Jerudong Park malam tadi. Juga hadir Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Quddus. – Gambar oleh Mohamad Asyramisyanie

Datin Paduka Hajah Adina, YAM Pengiran Muda Omar Ali, YAM Pengiran Anak Haji Abdul Quddus, Pengiran Dr Karim (kiri) dan Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (2 dari kiri) bergambar ramai bersama kumpulan Alacrety yang menjadi pemenang sulung Larian Muzium Brunei yang julung-julung kalinya dianjurkan. – Gambar oleh Bahyiah Bakir

Tiga wanita menamakan kumpulan mereka Dayang Semaun memenangi tempat kedua.

Kumpulan Team Twenty Seven menerima hadiah daripada Datin Paduka Hajah Adina selaku pemenang ketiga.

Wakil SMARTER Brunei menerima replika cek daripada Datin Paduka Hajah Adina.

Datin Paduka Hajah Adina menyampaikan replika cek kepada wakil Pusat Ehsan.

Wakil YASKA menerima replika cek daripada Datin Paduka Hajah Adina.

Terdahulu, Datin Paduka Hajah Adina telah menyampaikan sumbangan yang dikutip daripada larian berkenaan kepada perwakilan dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam, SMARTER Brunei dan Yayasan Kanser kanak-kanak (YASKA) yang keseluruhannya berjumlah $10,761.

Sebanyak 89 pasukan telah menyertai perlumbaan berkenaan yang bermula pada 16 Ogos lalu, di mana para peserta perlu mengharungi pelbagai aktiviti fizikal, kreativiti dan kemahiran di beberapa lokasi berbeza di seluruh negara termasuk muzium-muzium negara, Taman Warisan Tasek Merimbun dan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.

Perlumbaan ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai kepada warisan budaya yang ada di muzium-muzium dan galeri Jabatan Muzium-Muzium.

ARTIKEL YANG SAMA