Alas tilam untuk kesihatan

Alas tilam untuk kesihatan

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Bersempena Hari Ibu yang bakal menjelang tidak lama lagi, kedai perabot Dreamz Living Concept, yang diuruskan oleh Winmotion Trading, mengadakan promosi bermula 6 hingga 12 Mei dengan menawarkan potongan diskaun 40 peratus bagi produk alas tilam (topper).

Pengurus Besar Winmotion Trading, Dayang Kong, ketika ditemui berkata promosi ini bukan sahaja sempena Hari Ibu tetapi pada masa yang sama mendedahkan kepada orang ramai mengenai alas tilam yang hanya terdapat di Dreamz Living Concept, yang terletak di Unit 2,3 & 4, Tingkat Bawah, Simpang 41-1-12, Jalan Kiarong.

Mungkin ramai yang belum mengetahui mengenai alas tilam yang biasanya berunsur kain, dan kini seperti tilam nipis yang memberi pelbagai kebaikan terutama sekali bahagian tulang belakang.

Menurut Dayang Kong, terdapat dua jenis alas tilam yang mereka tawarkan iaitu jenis nipis kira-kira dua inci setengah yang memiliki arang buluh (Bamboo Charcoal), sabut kelapa yang diproses dan getah, manakala satu lagi adalah jenis tebal yang menggunakan bahan busa memori dengan getah.

Kedua-duanya membolehkan pengguna tidur lena, dengan alas nipis agak keras tetapi selesa manakala yang tebal terasa lembut disebabkan oleh bahan busa memori yang terdapat di dalamnya.

Salah sebuah katil yang mempunyai bahagian simpanan rahsia di bawahnya.
Salah sebuah katil yang mempunyai bahagian simpanan rahsia di bawahnya.
Dayang Kong menerangkan dua jenis alas tilam yang diperbuat daripada bahan yang membantu mengelak sakit belakang.
Dayang Kong menerangkan dua jenis alas tilam yang diperbuat daripada bahan yang membantu mengelak sakit belakang.
Antara hiasan rumah yang berkonsepkan moden dan elegan yang boleh didapati kedai perabot tersebut.
Antara hiasan rumah yang berkonsepkan moden dan elegan yang boleh didapati kedai perabot tersebut.

“Orang ramai sudah sinonim dengan alas tilam jenis kain yang tidak memberikan apa-apa impak melainkan berperanan sebagai alas melindungi tilam daripada kotor, tetapi dengan alas tilam yang kami jual ini bukan sahaja untuk melindungi tilam tetapi membolehkan pengguna tidur dengan lena,” tambahnya lagi.

Di samping pelbagai jenis tilam berkualiti, Dreamz Living Concept turut mempamerkan sofa-sofa yang 100 peratus diperbuat daripada bahan poliester serta hiasan rumah yang berkonsepkan moden dan elegan.

Kunjungan Media Permata di bilik pameran yang terletak di kawasan yang masih belum diketahui ramai itu menyaksikan pelbagai perabot moden dan elegan yang dipadankan dengan rekaan dan ciptaan canggih seperti katil yang memiliki bahagian simpanan rahsia di bawahnya.

Kedai itu beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Rabu manakala pada hari Khamis hingga Ahad pula ia beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.

ARTIKEL YANG SAMA