Alasan Nadal selepas tewas

Alasan Nadal selepas tewas

STUTTGART, Jerman, 9 Jun (AFP) – Juara Terbuka Perancis yang digulingkan, Rafael Nadal berkata dia terlalu sibuk berlatih untuk menyaksikan Stan Wawrinka menewaskan Novak Djokovic di Roland Garros Ahad lalu.

Juara sembilan kali Terbuka Perancis itu menamatkan pertandingan 2015 lebih awal minggu lalu apabila disingkirkan pada suku akhir oleh Djokovic. Ia adalah kekalahan kedua pemain ari Sepanyol itu dalam 72 pertandingan di Paris sejak kemunculannya pada 2005.

Dan Nadal yang bercakap pada Terbuka Stuttgart semalam, mendedahkan: “Saya tidak menonton pertandingan itu. Saya sedang berlatih,” katanya yang berada di Jerman bagi memulakan musim pertandingan gelanggang rumput.

“Bermula di gelanggang rumput adalah sukar. Saya akan cuba untuk beraksi dengan baik, berlatih sebanyak yang mungkin hari ini (Isnin), esok dan Rabu bagi pertandingan pertama saya.”

Dengan menggambarkan tiga setnya dikalahkan Djokovic, dia menggambarkan kekalahan itu ‘sekarang adalah sebahagian daripada masa lalu’.

Nadal sibuk berlatih sebagai persediaan untuk musim gelanggang rumput selepas tersingkir awal di Terbuka Perancis minggu lalu. – AFP
Nadal sibuk berlatih sebagai persediaan untuk musim gelanggang rumput selepas tersingkir awal di Terbuka Perancis minggu lalu. – AFP

“Saya perlu memperbaiki tahap permainan dan kekuatan di atas gelanggang. Jika saya boleh melakukannya, saya merasa yakin boleh kembali kepada peringkat terbaik saya. Saya membuat kemunculan di atas gelanggang rumput dua minggu sebelum Wimbledon. Saya berharap ia akan membantu.”

Wawrinka mencatatkan kemenangan 4-6, 6-4, 6-3, 6-4 di Paris bagi menjamin gelaran grand slam keduanya selepas Terbuka Australia 2014.

ARTIKEL YANG SAMA