Alat VR Playstation dilancar pada Oktober

Alat VR Playstation dilancar pada Oktober

SAN FRANCISCO, 16 Mac (AFP) – Sony merancang menjadikan alat realiti maya (VR) – menjadi tumpuan filem masa depan – satu aliran utama dengan pengeluaran fon kepala PlayStation VR pada Oktober dengan harga AS$399.

“Realiti maya melambangkan satu bidang baru untuk permainan, yang akan mengubah cara pengguna berinteraksi dengan permainan,” kata ketua eksekutif Sony Computer Entertainment Andrew House ketika satu majlis media di San Francisco semalam.

Sony memilih Oktober untuk pelancaran PlayStation VR bagi menghasilkan unit yang mencukupi dalam memenuhi permintaan dan membenarkan pengeluar menyediakan permainan untuk fon kepala tersebut, menurut House.

Seorang wanita menguji Platstation VR Sony semasa satu acara di San Francisco, California pada 15 Mac. – Reuters
Seorang wanita menguji Platstation VR Sony semasa satu acara di San Francisco, California pada 15 Mac. – Reuters

Fon kepala dikhaskan untuk dipasang dalam konsol PlayStation 4 (PS4).

Sony menganggap PS4 sebagai konsol paling laris dengan lebih 36 juta di antaranya dibeli sejak mereka memasuki pasaran pada lewat 2013.

Namun terdapatnya persaingan dan firma baru alam maya Oculus milik Facebook dijangka memulakan penghantaran fon kepala Rift pada akhir bulan ini.

Membeli satu PS4 dan PlayStation VR akan menambah kepada separuh daripada harga tersebut.