Albania disambut bagai wira

Albania disambut bagai wira

TIRANA, Albania, 24 Jun (AP) – Skuad bola sepak Albania disambut pulang dengan majlis karpet merah semalam dalam kepulangannya daripada penyertaan buat kali pertama negara itu pada Kejohanan Eropah, walaupun pasukan itu disingkirkan pada pusingan pertama.

Perdana Menteri Edi Rama menyambut pemain-pemain di lapangan terbang Tirana sebelum menaiki bas dengan bumbung yang terbuka.

Albania menjaringkan gol pertama mereka dalam perlawanan utama untuk menewaskan Romania 1-0 dan menamatkan tangga ketiga dalam Kumpulan A. Tetapi kekalahan tipis kepada Switzerland dan tuan rumah Perancis menjejaskan tempatnya untuk mara ke peringkat kalah mati.

Pemain-pemain menerima kunci simbolik kepada Tirana dan permohonan bagi pasport diplomatik untuk mempamerkan peranan rasmi mereka sebagai duta besar bagi Albania.

Kerajaan Albania juga memutuskan untuk memperuntukkan 1 juta euro (AS$1.12 juta) ganjaran bagi skuad kebangsaan.

Para pemain skuad Albania disambut dengan meriah setelah pulang dari saingan Euro 2016. – AFP
Para pemain skuad Albania disambut dengan meriah setelah pulang dari saingan Euro 2016. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Rama berkata tugu dengan nama-nama kesemua skuad akan diletakkan di pintu masuk stadium kebangsaan yang baru.

“Arena ini didedikasikan kepada pasukan kebangsaan merah dan hitam Euro 2016,” akan diukir, katanya. Dalam tempoh dua tahun Albania akan memiliki National Arena yang memuatkan 22,300 tempat duduk.

“Sukan boleh menjadi cara yang baik untuk melatih diplomasi, dan anda perlu menunjukkan bahawa anda adalah duta besar kami di dunia,” kata Menteri Luar, Ditmir Bushati. “Albania memiliki ramai diplomat, tetapi anda mencapai kecemerlangan sebenar dengan mesej yang anda perlu hantar kepada dunia.”