Albania tewaskan Romania 1-0

Albania tewaskan Romania 1-0

LYON, 20 Jun (AFP) – Tandukan pada babak pertama Armando Sadiku menghadiahkan Albania kemenangan 1-0 ke atas Romania, awal pagi tadi dan menghidupkan semula peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati dalam penampilan pertama di Euro 2016.

Keputusan pertembungan genting itu menyaksikan Albania menyambar tempat ketiga Kumpulan A di belakang Perancis dan Switzerland, sekali gus berada dalam senarai untuk meneruskan langkah sebagai satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Sementara itu, cabaran Romania pada kempen Euro kali ini berakhir selepas menamatkan saingan kumpulan di tangga terbawah apabila hanya mengutip satu mata.

Kekurangan idea dalam melancarkan serangan menjadikan gerakan mereka mudah dibaca Albania.

Aksi dalam perlawanan tersebut. – AFP
Aksi dalam perlawanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Pada dua perlawanan pertama kami tidak mengutip sebarang mata ketika mana kami berhak membawa pulang sesuatu, tetapi malam ini kami meraih ganjaran besar dengan satu persembahan yang hebat,” kata pengendali Albania, Gianni De Biasi.

“Kami terlepas beberapa peluang tetapi saya tetap gembira kerana ia bukannya mudah untuk beraksi dalam pertemuan yang boleh diibaratkan hidup dan mati buat kami ini.”

Tonggak Albania, Arlind Ajeti yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan, berkata: “Kami akan terus berharap tiga mata ini mencukupi untuk membantu kami melepasi saingan peringkat kumpulan.”