Albania turut lakar sejarah

Albania turut lakar sejarah

BERLIN, 12 Okt – Albania mara ke final kejohanan besar buat kali pertama dengan kemenangan 3-0 di Armenia dalam kelayakan Euro 2016 semalam.

Mereka akan disertai pada perlawanan tersebut di Perancis oleh Romania, yang mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Faroe Islands.

Albania memerlukan kemenangan di Yerevan untuk mengatasi Denmark dan layak bersama Portugal dari Kumpulan 1.

Mereka menjaringkan gol lebih awal apabila Kamo Hovhannisyan dari Armenia menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola pada minit kesembilan, dan menggandakan jumlah jaringan apabila sepakan bebas Berat Xhimshiti pada minit ke-23 melantun ke gawang.

Pemain gantian Armando Sadiku menukar kedudukan menjadi tiga bagi pasukan pelawat pada minit ke-76 untuk meletakkan keputusan tidak diragukan.

Pemain Albania, Shkelzen Gashi (kiri) bersaing dengan pemain Armenia, Kamo Hovhannisyan pada kelayakan Kumpulan I Euro 2016 di Stadium Replubican di Yerevan. – AFP
Pemain Albania, Shkelzen Gashi (kiri) bersaing dengan pemain Armenia, Kamo Hovhannisyan pada kelayakan Kumpulan I Euro 2016 di Stadium Replubican di Yerevan. – AFP

Pemenang Kumpulan, Portugal, menamatkan kempen mereka dengan kemenangan 2-1 di Serbia, dengan Denmark menamatkan tangga ketiga di belakang Albania untuk berada dalam playoff.

Pasukan Serb menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain apabila Aleksandar Kolarov menerima kad kuning kedua pada minit ke 80 dan Nemanja Matic menyusul dengan kad merah.

Di Torshaven, dua jaringan pada separuh masa pertama menerusi Constantin Budescu dan ketiga dari Alexandru Maxim pada minit ke 83 memberikan kemenangan 3-0 kepada Romania ke atas Faroe Island untuk mara dari Kumpulan F.

Ireland Utara yang sudah layak dengan keputusan seri 1-1 di Finland untuk mengungguli kumpulan.

Hungary tewas 4-3 kepada Greece di Athens tetapi menamatkan tangga ketiga dalam kumpulan itu bagi merebut tempat dalam playoff.

Dalam perlawanan lewat ada tiga perlawanan dari Kumpulan D di mana Jerman memerlukan satu mata menentang Georgia di Leipzig untuk mara ke kelayakan, dan Poland bertemu Ireland dalam persaingan di antara dua pasukan yang memburu tempat kelayakan secara automatik. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA