Albirex sekat DPMM FC

Albirex sekat DPMM FC

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 April – Harapan Brunei DPMM FC untuk menebus kembali kekalahan 3–2 di awal musim dalam rebutan Piala Sumbangsih 2016 Februari lalu gagal apabila jaringan awal Azwan Ali Rahman belum mencukupi untuk menewaskan dua jaringan Albirex Niigata yang dihasilkan oleh Atsushi Kawata dalam saingan Liga Singapura di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, sebentar tadi.

Atsushi Kawata menjadi dalang kekecewaan Brunei DPMM FC apabila berjaya menanduk masuk bola ke gawang kawalan Wardun Yussof hasil sepakan sudut yang diberikan kepada Albirex pada minit ke-71 untuk menyamakan kedudukan perlawanan 1-1.

Beliau mendenda kelekaan pertahanan Brunei DPMM FC sebelum sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-74 yang mujur terkena sudut kanan gawang Brunei DPMM FC sebelum melantun keluar dari kawasan bahaya Brunei DPMM FC.

Pada minit ke-80 Brian Mclean didenda kerana mengasari pemain serangan Albirex yang dihadiahkan sepakan percuma tepat di atas petak D yang diambil oleh Tatsuro Inui yang melepasi gawang yang dikawal rapi pertahanan tuan rumah.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri malam tadi berkenan berangkat menyaksikan Perlawanan Liga S antara DPMM FC dengan Albirex Niigata di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim. – Gambar oleh Infofoto

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah turut berkenan menyaksikan perlawanan antara Brunei DPMM FC dan Albirex Niigata.

Shahrazeen Said dikawal rapat oleh pemain pertahanan Albirex Niigata.
Shahrazeen Said dikawal rapat oleh pemain pertahanan Albirex Niigata.

Helmi Zembin didenda apabila mengasari Tatsuro Inui pada minit ke-86 dan peluang keemasan daripada titik sepakan penalti Brunei DPMM FC dimanfaatkan Atsushi Kawata untuk menjadikan kedudukan 1-2, meskipun tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan dan beberapa kali berjaya mengasak dan memasuki petak D Albirex yang tampak lebih berhati-hati berbanding tuan rumah yang jauh lebih berkeyakinan.

Antara peluang terbaik Brunei DPMM FC pada babak pertama ialah pada minit ke-18 apabila Azwan Salleh menerima bola tinggi ke tengah yang diterima kemas olehnya yang kemudian melepaskan rembatan ke gawang Albirex.

Meskipun Yosuke Nozawa penjaga gawang Albirex sudah tewas namun bola kencang berkenaan hanya terkena palang dan melantun semula ke tengah petak D Albirex sebelum diselamatkan pemain pertahanan Albirex.

Peluang kedua Brunei DPMM FC pula pada minit ke-32 melalui gerakan cantik daripada Azwan Salleh yang memberikan bola kepada Azwan Ali Rahman yang meleretkan bola kepada Maududi Kasmi yang berjaya mengelecek dan mengelirukan pertahanan Albirex untuk melepaskan rembatan namun bola melambung melepasi palang Albirex.

ARTIKEL YANG SAMA