Aleppo dikhuatiri jadi tanah perkuburan besar

Aleppo dikhuatiri jadi tanah perkuburan besar

ALEPPO, Syria, 1 Dis – Ketua bantuan PBB memberi amaran semalam bahawa Aleppo berisiko menjadi ‘tanah perkuburan besar; selepas lebih 50,000 orang dilaporkan melarikan diri dari pertempuran tegang antara pasukan kerajaan dan pasukan pemberontak.

Ketika Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat tergempar di New York berhubung pertempuran itu, pihak pembangkang Syria menggesa PBB supaya mengambil langkah segera untuk melindungi orang awam.

Serangan kerajaan untuk menawan semula semua Aleppo telah menyerang bandar itu beberapa hari kebelakangan, dengan membedil kawasan yang dikuasai pihak pembangkang dilaporkan telah mengorbankan kira-kira 26 orang awam.

Bedilan meriam menghujani sebuah daerah tenggara yang dikuasai pihak pemberontak.

Badan seorang budak perempuan yang tidak bergerak terbaring di jalan raya, tangannya putus dan kepalanya ditusuk oleh serpihan bom. Para sukarelawan penyelamat telah membawa mayatnya pergi dengan motosikal.

Penduduk Syria melarikan diri dari bahagian timur Aleppo. – AFP
Penduduk Syria melarikan diri dari bahagian timur Aleppo. – AFP

Bercakap pada sidang khas Majlis Keselamatan melalui hubungan video dari London, Stephen O’Brien, ketua kemanusiaan PBB, merayu bagi tindakan untuk menghentikan pertempuran itu. “Demi kemanusiaan kami menyeru, kami merayu, dengan parti-parti dan mereka yang berpengaruh untuk melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka supaya melindungi orang awam dan membolehkan kemasukan ke bahagian timur Aleppo yang dikepung sebelum ia menjadi perkuburan besar,” ujarnya.

Orang awam telah keluar ke timur yang dikuasai pemberontak yang dikepung, menjadi sasaran serangan udara dan bedilan teruk meriam oleh pasukan Presiden Bashar al-Assad yang mara ke hadapan .

Pada lawatan ke Paris, seorang pemimpin dewan tempatan timur Aleppo semalam menyeru bagi laluan selamat bagi orang awam yang dalam keadaan terdesak, dengan memberi amaran PBB akan “menandatangani waran mati 250,000,” jika ia gagal bertindak.

“Biarkan orang awam pergi, lindungi orang awam, wujudkan koridor selamat supaya mereka boleh pergi,” Brita Hagi Hassan berkata selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Perancis Jean-Marc Ayrault.

Pasukan tentera kerajaan dan para pejuang bersekutu telah menawan kira-kira 40 peratus timur Aleppo yang dikuasai pemberontak sejak mereka memulakan operasi untuk menawan semula semua bandar itu dua minggu lalu. – AFP