Aleppo masih berbahaya

Aleppo masih berbahaya

BEIRUT, 7 Ogos – Pertempuran sekali-sekala melanda selatan Aleppo pada pagi ini, kata satu kumpulan pengawasan, beberapa jam selepas pemberontak berkata mereka telah menumpaskan pengepungan kerajaan selama tiga minggu di bandar Syria.

Satu kumpulan pemberontak, IS, dan pejuang jihad berkata pada lewat semalam bahawa mereka telah membuka jalan baru ke kawasan timur Aleppo, tempat tinggal kepada kira-kira 250,000 penduduk.

Namun jalan tersebut, yang melalui pinggir selatan bandar, masih terlalu merbahaya untuk digunakan oleh orang awam, kata Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria hari ini.

“Terdapatnya pertempuran dan serangan udara sekejap-sekejap, namun tidak teruk,” kata ketua Balai Cerap Rami Abdel Rahman.

Para pejuang pemberontak bercakap semasa pertempuran dengan tentera rejim di Ramussa di tepi barat daya bandar utara Syria Aleppo semalam. Balai Cerap Hak Asasi Manusia Syria berkata tidak ada seorang orang awam yang telah meninggalkan daerah timur itu disebabkan keadaan yang terlalu merbahaya dan tidak selamat. – AFP

“Tidak ada seorang orang awam yang telah meninggalkan daerah timur disebabkan jalan adalah terlalu merbahaya dan tidak selamat,” beritahunya kepada AFP.

Semalam, kumpulan anti-rejim menakluki beberapa siri bangunan dalam akademi tentera di pinggir bandar barat daya Aleppo.

Mereka seterusnya memasuki daerah Ramussa, menghubungkannya dengan kumpulan pemberontak yang telah bertempur di selatan dari dalam bandar.

Pemberontak menyiar gambar menunjukkan pejuang mereka memeluk dan merai berakhirnya pengepungan kerajaan di Aleppo, yang bermula sejak 17 Julai. – AFP