Alex dedah kenapa bersara

Alex dedah kenapa bersara

LONDON, 21 Sept (Independent) – Sir Alex Ferguson mendedahkan beliau bersara daripada mengurus kelab bola sepak kerana tidak mahu isteri kesunyian selepas kematian kakak kembarnya.

Bekas bos Manchester United itu berkata dia akan bersama kelab kesayangannya jika perkara itu tidak berlaku.

Alex mencetus kontroversi bersama Gordon Strachan dan David Beckham sebelum ini mengakui hidupnya lebih tertumpu memberi perhatian kepada isterinya Lady Cathy sejak ketiadaan Bridget.

Dalam temu ramah Alex berkata: “Pada satu malam saya terpandang dia menonton televisyen. Cathy termenung dan memandang arah siling.

“Dia sunyi. Anda mungkin tidak tahu Cathy dan Bridget adalah kembar. Dia kehilangan teman sentiasa menceriakan kami”,” katanya bersara dua tahun lalu sebelum digantikan oleh David Moyes.

“Cathy selalu menunggu saya balik kerja. Balik jam dua atau tiga pagi pun dia tercegat di muka pintu menyambut saya. Saya banyak terhutang budi kepadanya dan saya faham dia mahu saya bersara”.

Alex membantu kelab Old Trafford itu bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan rekod sebanyak 20 kali.

ARTIKEL YANG SAMA