Alexander menang besar

Alexander menang besar

MINSK, 12 Okt – Alexander Lukashenko telah memenangi penggal kelima sebagai Presiden Belarus dengan kemenangan besar semalam, dan memberi amaran pihak pembangkang tentang bantahan yang boleh menjejaskan penarikan balik sekatan Barat yang dikenakan berhubung dakwaan penganiayaan hak asasi.

Dengan orang penting pihak pembangkang telah lama ditegah dari bertanding pada pengundian semalam, dan media kerajaan memberikan Lukashenko liputan positif sama rata, pemimpin veteran itu bertanding menyaingi tiga calon yang tidak dikenali – hanya seorang dari mereka berkempen.

Lukashenko meraih 83.49 peratus undi, ketua pilihan raya Lidiya Yermoshina berkata, dengan saingan terdekat beliau, Tatiana Korotkevich, hanya meraih 4.42 peratus undi.

Keputusan, melalui parlimen, adalah yang paling tertinggi bagi Lukashenko yang kerajaannya telah melakukan usaha besar untuk memastikan kemunculan ramai pengundi lebih 86 peratus.

Proses diawasi secara dekat oleh Kesatuan Eropah(EU) dengan para pegawai menyatakan kesatuan itu bersedia untuk menarik balik sekatan ke atas pemimpin autoritarian itu, yang kerap dituduh mencabuli hak asasi kemanusiaan, jika selepas pengundian terus bebas insiden.

Lukashenko memenangi kerusi Presiden Belarus menewaskan saingan terdekat beliau, Tatiana -Reuters
Lukashenko memenangi kerusi Presiden Belarus menewaskan saingan terdekat beliau, Tatiana -Reuters

Sementara Lukashenko membenarkan perhimpunan pembangkang yang tidak mendapat kebenaran di ibu negara, diteruskan, tanpa campur tangan polis Sabtu lalu, beliau memberi amaran bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan bantahan seumpama itu selepas pengundian.

“Pengundian ditutup pada pukul 8 malam dan saya menasihatkan kamu mematuhi undang-undang,” kata beliau. “Kamu tahu apa akan berlaku.”

Pengendali bijak dan pengeksploitasi ketegangan antara Moscow dan Barat, Lukashenko baru-baru ini mengangkat kedudukannya dengan EU dengan mengadakan rundingan damai di Minsk berhubung konflik di timur Ukraine.

Di sebalik hubungan dengan Moscow yang kadang-kadang sukar, beliau dan ekonomi gaya Soviet Belarus yang dirancangkan disokong oleh Rusia, yang membekalkan negara itu tenaga dengan harga diskaun, 9.5 juta. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA