Alexander, Vodickova juara Ironman Putrajaya

Alexander, Vodickova juara Ironman Putrajaya

PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) – Juara Dunia Ironman 70.3 sebanyak dua kali, Craig Alexander (Australia) dan Radka Vodickova (Republik Czech) menjuarai kategori lelaki dan wanita Ironman 70.3 Putrajaya 2016 di sini hari ini.

Alexander mencatatkan 3 jam, 55 minit dan 36 saat untuk mengatasi dua pencabar terdekatnya, Josh Amberger dari Australia dan Stuart Hayes dari Great Britain yang masing-masing mencatatkan 3:59:05s dan 4:01:25s.

“Ia benar-benar satu pengalaman manis untuk menang selepas saingan di SubicBay, Filipina baru-baru ini. Bahang panas terasa semasa berada dalam air dan melakukan kayuhan. Saya mengekalkan konservatif semasa renang dan cuba mengekalkan rentak semasa melakukan kayuhan.

Alexander (kiri) dan Vodickova semasa sidang media sebelum pertandingan diadakan. Juara Dunia Ironman 70.3 sebanyak dua kali, Alexander dan Vodickova (Republik Czech) menjuarai kategori lelaki dan wanita Ironman 70.3 Putrajaya 2016 di sini hari ini. – Bernama

Saya beraksi dengan baik semasa larian dan dapat mengejar Josh. Beliau adalah seorang atlet muda yang berpotensi dan seorang daripada perenang terbaik yang pernah saya hadapi,” kata Alexander.

Sementara itu, Vodickova, yang menjuarai kategori wanita pada 2014, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang dengan catatan 4:22:16s.