Alexandre Pato pemain baru Liverpool

Alexandre Pato pemain baru Liverpool

LIVERPOOL, 8 Nov (Reuters) – Liverpool dilaporkan telah mencapai persetujuan mengenai perbincangan untuk mendapatkan penyerang Corinthians, Alexandre Pato, menurut presiden kelab Brazil berkenaan.

Bekas pemain AC Milan itu dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Perdana Inggeris pada akhir musim ini dengan Manchester United sebagai kelab pilihan.

Tetapi, Presiden Corinthians, Robero de Andrade mendedahkan bahawa Pato kini sedang bersiap sedia untuk ke Liverpool.

“Persetujuan secara prinsipnya telah dicapai bersama Liverpool mengenai pemindahan Pato ke Anfield.

“Liverpool sedang menanti, mereka sedang memperincikan maklumat. Jurgen Klopp akan mendapat pemain baru dalam Liga Perdana Inggeris pada musim depan,” jelasnya.

Alexandre Pato. – Reuters
Alexandre Pato. – Reuters