Alexis Sanchez cabar Arsenal

Alexis Sanchez cabar Arsenal

LONDON, 4 Mac (AFP) – Alexis Sanchez mempersoalkan sama ada rakan sepasukannya Arsenal dahagakan kejayaan untuk menyelamatkan harapan juara Liga Perdana.

Pasukan Arsene Wenger itu menghadapi persaingan penting London Utara di gelanggang luar, Tottenham esok selepas melalui kekalahan liga berturut-turut dan menghadapi pengawasan meningkat mengenai kekurangan pasukan itu.

Dalam semua perlawanan, pasukan Gunners beraksi tanpa kemenangan dalam empat perlawanan, persaingan yang juga melibatkan keputusan seri dalam Piala FA menentang Hull dan tewas di laman sendiri menentang Barcelona dalam Liga Juara-Juara.

Dikenali sebagai pasukan pilihan oleh kebanyakan orang untuk menamatkan penantian selama 12 tahun untuk mengembalikan semula gelaran Liga Perdana, pasukan kendalian Wenger itu menghadapi risiko kempen itu bertukar menjadi pencapaian paling rendah.

Sanchez mencabar pasukannya untuk menyelamatkan impian mereka musim ini. – Reuters
Sanchez mencabar pasukannya untuk menyelamatkan impian mereka musim ini. – Reuters

Kemenangan ketiga dalam empat lawatan ke White Hart Lane akan mengekalkan kepercayaan mereka boleh merapatkan jurang enam mata ke atas pendahulu Leicester dan menyamakan mata Gunners bersama Tottenham di tangga kedua.

Tetapi selepas kehambaran pertengahan minggu tewas menentang Swansea yang juga mengalami kekalahan kepada Manchester United, pemain sayap dari Chile itu membangkitkan isu mengenai hasrat skuad itu untuk berjaya.

“Saya rasa kami boleh memenangi Liga Perdana dengan pemain yang kami ada. Kami hanya kekurangan keinginan,” kata Sanchez.

“Kami perlu keluar di atas padang seperti jika kami sudah mendahului 1-0. Kami kekurangan kepercayaan diri pada hal kami sebenarnya boleh menjadi juara. Saya masih ingat menentang Manchester United tahun lepas.

“Pasukan dahaga mencari kejayaan ketika kami menguasai. Kami menewaskan mereka pada 20 minit dan mendahului 2-0. Kami dahaga dan berbekalkan keyakinan pada hari itu.”