Algeria, Ghana hadapi tugas getir

Algeria, Ghana hadapi tugas getir

JOHANNESBURG, 10 Nov – Harapan gergasi bola sepak Afrika Algeria dan Ghana bagi kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia terjejas jika mereka tewas dalam persaingan di gelanggang luar hujung minggu ini.

Algeria, ranking ketiga dalam benua itu di belakang Ivory Coast dan Senegal, menghadapi pasukan pendahulu Kumpulan B, Nigeria di Uyo Sabtu ini.

Ghana yang berada di ranking kelima akan menghadapi pendahulu Kumpulan E, Mesir sehari kemudian di Iskandariah dengan tuan rumah menarik balik larangan keselamatan ke atas para penonton bagi membenarkan 50,000 orang menyaksikan perlawanan.

Jika pasukan kelayakan Piala Dunia 2014, Algeria dan Ghana tewas, mereka akan mengekori Nigeria dan Mesir dengan lima mata dalam kumpulan dengan persaingan ketiga daripada enam perlawanan yang dijadualkan sudah selesai.

Ghana memburu kemunculan keempat berturut-turut dalam Piala Dunia, yang menyamai rekod Afrika yang dipegang oleh Cameroon dan Algeria pula kali ketiga berturut-turut.

Aksi kelayakan Sabtu ini bakal menentukan sama ada Algeria dapat menjejakkan kaki ke Piala Dunia di Rusia pada 2018 nanti. – AFP
Aksi kelayakan Sabtu ini bakal menentukan sama ada Algeria dapat menjejakkan kaki ke Piala Dunia di Rusia pada 2018 nanti. – AFP

Ghana memburu kemunculan keempat berturut-turut Piala Dunia perlu menghadapi Mesir yang menggungguli kumpulan Sabtu ini. – AFP
Ghana memburu kemunculan keempat berturut-turut Piala Dunia perlu menghadapi Mesir yang menggungguli kumpulan Sabtu ini. – AFP

Sementara itu, Algeria tidak dapat mempertahankan pendahuluan lebih awal dalam keputusan yang berkesudahan seri 1-1 menentang Cameroon bulan lalu, dengan Nigeria menyempurnakan perlawanan dengan kemenangan 2-1 ke atas Zambia.

Dua pemain dari pasukan Liga Perdana Inggeris, Alex Iwobi yang beraksi untuk pasukan Arsenal dan Kelechi Iheanacho dari Manchester City menjaringkan gol buat Nigeria sebelum pasukan pelawat menyelamatkan kedudukan menerusi penguasaan Zambia pada separuh masa kedua.

Kapten pasukan Nigeria, John Obi Mikel dari Chelsea berkata skuad muda ‘Super Eagle’ yang dahagakan kejayaan terdesak untuk menebus kegagalan mara ke Piala Negara-negara Afrika pada 2017.

“Adalah menarik untuk beraksi dengan pemain muda bola sepak yang dahagakan kejayaan dan mahu untuk mengembangkan diri sebagai pilihan pertama,” dia memberitahu media Nigeria.

“Saya mengingatkan hari-hari saya bersama pasukan kebangsaan, beraksi di samping pemain bintang seperti Jay-Jay Okocha dan Nwanko Kanu. Adalah satu kegembiraan beraksi bersama mereka.

“Ia adalah sama dengan pemain seperti Alex dan Kelchi. Kami gembira mewakili negara, mencipta peluang jaringan dan mengikuti arahan jurulatih.”

Jurulatih yang dilantik baru-baru ini, Gernot Rohr kelahiran Jerman berharap melengkapkan hatrik menentang Alegeria selepas kemenangan ke atas Tanzania dalam Piala Negara dan Zambia.

Dia percaya kegagalan Piala Afrika boleh ditukar menjadi kelebihan kelayakan Piala Dunia lima kali itu.

“Tidak beraksi dalam Piala Negara-negara 2017 di Gabon bermakna terdapat semangat tambahan untuk memenangi kumpulan kami dan pergi ke Rusia,” katanya.

“Semua orang tahu Algeria mempunyai pemain hebat, tetapi kami juga mempunyai pemain bola sepak yang bagus dan persekitaran seperti sebuah keluarga dalam skuad.”

Persaingan Uyo menandakan kemunculan jurulatih dari Belgium, Georges Leekens, pengendali ketiga pasukan Algeria tahun ini selepas Christian Gourcoff dari Perancis dan Milovan Rajevac dari Serbia.

Gourcoff meletak jawatan sementara Rajevac hanya bertahan dua perlawanan selepas pemain membuat aduan mengenai cara latihannya, pemilihan pasukan dan ketidakupayaan bercakap Perancis atau Arab.

Jurulatih Ghana, dan bekas pengurus Chelsea, Alvram Grant dilihat tidak kisah dengan permulaan hambar dalam Kumpulan E bulan lalu ketika pasukan tercorot Uganda terpaksa menerima keputusan seri 0-0 di gelanggang luar.

“Kami ada baki lima perlawanan dan tidak perlu merasa cemas,” dia memberitahu wartawan. “Selepas tewas perlawanan pembukaan pada Piala Negara-negara 2015, kami mara ke perlawanan akhir.”

Grant mengalu-alukan kepulangan Andre ‘Dede’ Ayew yang kembali cergas, tetapi kecederaan merehatkan midfield Kwadwo Asamoah dan penyerang veteran Asamoah Gyan.

Mesir mencatatkan kemenangan 2-1 di Congo Brazzaville dan kami bersemangat bagi membalas kekalahan 6-1 memalukan di gelanggang luar kepada Black Stars pada persaingan playoff Piala Dunia 2014.

“Saya tahu apa yang dilakukan Ghana kepada kami, tetapi itu sejarah,” kata jurulatih Mesir kelahiran Argentina Hector Cuper. “Kami tidak takut dengan mana-mana pasukan dan sasaran kami adalah kelayakan di Rusia.”

Jurulatih Maghribi, Herve Renard bangkit menentang bekas pasukan apabila juara Afrika dan pendahulu Kumpulan C Ivory Coast beraksi di Marrakech Sabtu ini.

Jurulatih dari Perancis itu membawa Ivory menjulang gelaran Piala Negara yang lama dinanti-nantikan pada 2015 dan mempunyai impak positif ke atas Maghribi sejak mengambil alih Mac lalu.

Jurulatih Afrika Selatan yang berada di bawah tekanan, Ephraim ‘Shake’s Mashaba tahu selain kemenangan ke atas pendahulu Kumpulan D, Senegal di Polokwane Sabtu ini akan menyaksikan beliau ditunjukkan jalan keluar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA