Algeria, Mesir, Itali gesa penyelesaian politik di Libya

Algeria, Mesir, Itali gesa penyelesaian politik di Libya

KAHERAH, 8 Jun (AFP) – Algeria, Mesir dan Itali semalam menggesa bagi penyelesaian politik di Libya, menjelang rundingan yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan membentuk kerajaan perpaduan di negara dilanda peperangan tersebut.

Libya terjerumus ke dalam kacau-bilau selepas kebangkitan yang disokong NATO menggulingkan dan mengorbankan diktator Muammar Ghadafi, sekali gus mewujudkan pelbagai kumpulan pemberontak yang lengkap bersenjata dan berusaha meraih kuasa dengan cara masing-masing.

Dia Parlimen dan dua kerajaan saling berebut dan bertelingkah untuk menguasai pemerintahan negara, di mana kumpulan jihad Negara Islam (IS) baru-baru ini mula menyerlah penguasaan mereka.

Rundingan selama berbulan-bulan yang diselaraskan PBB di antara pakatan Libya setakat ini gagal membuahkan sebarang perjanjian politik.

Hari ini, anggota-anggota Parlimen yang bersaing kembali ke Maghribi bagi pusingan baru rundingan damai.