Algeria, Perancis jalin kerjasama ekonomi

ALGIERS, 13 Nov – Algeria dan Perancis kelmarin menandatangani tiga perjanjian perkongsian, termasuk penubuhan sebuah unit pemasangan bagi pembuat kereta Perancis PSA-Peugeot di wilayah Oran barat.

Kontrak kerjasama ekonomi, yang melibatkan sektor automotif, makanan dan tenaga telah ditandatangani pada akhir mesyuarat Joint Economic Committee di Algiers, di hadapan menteri luar negeri kedua negara.

Menteri Perindustrian dan Galian Industri Algieria Youcef Yousfi, dan Menteri Ekonomi dan Kewangan Perancis, Bruno Le Maire turut menghadiri majlis tersebut.

Perjanjian pertama termasuk syarikat usaha sama untuk menubuhkan sebuah unit untuk memasang kereta Peugeot di Algeria. Para pemegang saham projek ini ialah PSA-Peugeot yang memegang 49 peratus kepentingan, dan tiga rakan Algeria yang lain memegang 51 peratus saham, iaitu Condor Electronics, Palpa Pro dan PMO Constantine Group.

Menteri Luar Negeri Algeria Abdelkader Messahel (dua kiri) dan Menteri Perlombongan Youcef Yousfi (kiri), bersama Menteri Perancis bagi hal ehwal luar negeri Eropah Jean-Yves Le Drian (dua kanan) dan Menteri Ekonomi Bruno Le Maire (kanan) menghadiri sesi keempat Jawatankuasa Ekonomi Bersama Algeria-Perancis (COMEFA) di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdelatif Rahal di ibu negara Algiers pada 12 November 2017. – AFP

Memorandum persefahaman juga ditandatangani antara Agrolog Algeria dan Agromed Perancis untuk penubuhan usaha sama untuk mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran Algeria, sebagai tambahan kepada perjanjian perkongsian dalam bidang produk pertanian organik.

Kedua-dua belah pihak juga menandatangani perjanjian pemegang saham antara kumpulan yang dimiliki Algeria Elec El Djazair dan Kumpulan Schneider Perancis dalam bidang pembuatan peralatan elektrik voltan rendah, sederhana dan tinggi.

Jawatankuasa ini telah ditubuhkan untuk membantu mempromosikan hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala antara Algeria dan Perancis. – Xinhua

SAHAM
TerdahuluMarlia
SeterusnyaRonaldo sambut anak keempat