Algeria tahan bekas ketua pencegah keganasan

Algeria tahan bekas ketua pencegah keganasan

ALGIERS, 30 Ogos (AFP) – Seorang ketua perisikan Algeria yang bersara, yang dulunya bertanggungjawab menangani pengganasan telah ditahan dalam sebuah penjara tentera selepas penangkapannya di Algiers, lapor akhbar harian El-Watan hari ini.

Selepas dipaksa bersara pada penghujung 2013, ‘Jeneral Hassan’, dikenali Abdelkader Ait-Ouarab, telah ditangkap di rumahnya pada Khamis dan ditahan di penjara tentera Blida 50km selatan Algiers, menurut akhbar tersebut.

Sumber keselamatan mengesahkan penangkapannya kepada AFP, namun tidak memberi butiran selanjutnya.

Laman berita mengumumkan bahawa dia telah ditahan pada Jumaat, namun tidak ada pengesahan rasmi.

Selama dua dekad, Jeneral Hassan mengetuai pertempuran tentera Algeria menentang kumpulan Islamis bersenjata.

Namun bekas ketua agensi perisikan DRS terkenal di Algeria itu telah diletakkan di bawah pengawasan sejak persaraannya atas arahan hakim tentera, menurut media Algeria.

Pertuduhan ke atas beliau termasuk ‘memiliki senjata api’, ‘enggan memberikan maklumat’ dan ‘ingkar’, El-Watan memetik sumber kehakiman sebagai berkata.

Bulan lalu, Bouteflika menggantikan ketua unit pencegahan perisikan DSI, keselamatan presiden dan Pengawal Republik.