Alibaba, Amblin umum perkongsian

Alibaba, Amblin umum perkongsian

BEIJING, 9 Okt – Amblin Partners Steven Spielberg dan syarikat e-dagang China bersama gergasi media Alibaba telah mengumumkan perkongsian untuk menghasilkan filem yang diterbitkan bersama bagi tontonan umum.

Perjanjian yang diumumkan hari ini itu menambah siri usaha sama China bersama studio Hollywood dalam hasratnya untuk meraih lebih banyak keuntungan dari pasaran media berkembang China.

Syarikat-syarikat itu berkata unit hiburan Alibaba, Alibaba Pictures, akan memiliki saham minoriti dalam Amblin Partners. Syarikat itu menggabungkan Studio DreamWorks, Spielberg; Participant Media, Reliance Entertainment dan Entertainment One. – AP

ARTIKEL YANG SAMA