Alibaba, Ant laburkan AS$1 bilion

Alibaba, Ant laburkan AS$1 bilion

CHINA, 23 Jun (Reuters) – Alibaba Group Holding Ltd dan anggota gabungannya Ant Financial akan melabur hampir AS$1 bilion dalam satu usaha sama yang diharapkan oleh mereka akan digunakan dalam pasaran perkhidmatan tempatan yang semakin berkembang pesat di China, menumpukan terlebih dahulu pada hantaran makanan.

Perkhidmatan tempatan, juga dikenali sebagai online-kepada-offline (O2O), telah berkembang di China, dengan beberapa firma awal paling berharga di China seperti aplikasi memanggil teksi Didi Kuaidi beroperasi di kawasan ini.

Selain daripada perkhidmatan memanggil teksi, aplikasi berkenaan menghubungkan pengguna telefon pintar dengan perniagaan offline untuk menawarkan perkhidmatan seperti hantaran dan urus niaga makanan dan riadah.

Tatkala lebih ramai penduduk China menggunakan telefon untuk segalanya daripada membeli-belah kepada tempahan restoran, perkhidmatan tempatan telah menjadi medan pertempuran utama untuk syarikat gergasi internet China Alibaba, Tencent Holdings Ltd dam Baidu Inc ketika mereka berusaha untuk menarik pengguna menggunakan platform mereka.

“Usaha sama itu, Koubei, akan menyepadukan aspek kesenangan perniagaan peranti dan data besar untuk mengubah dan mempertingkat sektor perkhidmatan tempatan China,” kata Alibaba dan Ant Financial dalam satu kenyataan.

Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma yang berhasrat melabur dalam pasaran perkhidmatan tempatan. – Reuters
Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma yang berhasrat melabur dalam pasaran perkhidmatan tempatan. – Reuters

Kedua-dua syarikat akan melabur 3 bilion yuan masing-masing dalam Koubei dan setiap syarikat memegang 50% ekuiti saham dalam perniagaan itu, kata pengumuman.

Koubei akan menumpu pada makanan dan minuman, dengan perniagaan pesanan dan hantaran makanan Alibaba, Taodiandian, dan sumber pedagang offline Ant Financial menjadi sebahagian operasi utama Koubei.

Lama-kelamaan, perkhidmatan pedagang Ant Financial dalam runcit luar talian, penjagaan kesihatan dan mesin layan diri akan diperkenalkan dalam usaha sama itu, katanya.

Mengembangkan O2O boleh menelan kos yang banyak. Syarikat bersaingan sedang mengepam beratus juta dolar dalam skim pemasaran dan subsidi dalam usaha untuk berkembang.

Mengurangkan jumlah perbelanjaan tersebut merupakan satu faktor pendorong dalam Didi dan gabungan aplikasi teksi Kuaidi pada Februari lalu.