Alibaba bangunkan perkomputeran cloud

Alibaba bangunkan perkomputeran cloud

SHANGHAI/BEIJING, 19 Jun (Reuters) – Syarikat e-dagangan Alibaba Holding Ltd ialah sebuah firma lemah dalam industri perkhidamatan cloud global, namun ia mempunyai satu faktor pendorong: ia adalah firma China.

Alibaba pada minggu ini mencapai satu perjanjian dengan bandar pelabuhan timur laut China Dalian untuk membina sebuah pusat perkhidmatan cloud dan menyediakan perkhidmatan dalam talian kerajaan seperti bayaran bil.

Perjanjian itu adalah sebahagian kecil daripada portfolio gabungan khidmat-khidmat cloud yang sama di antara Alibaba dan badan kerajaan di seluruh China dan diadakan di sebalik latar belakang Beijing yang bersikap paranoia mengenai teknologi asing.

Gabungan domestik itu akan membantu unit cloud Alibaba Aliyun, secara literal Ali Cloud, membina skala dan memperoleh pengalaman sebelum mana-mana kempen global untuk mencabar pemimpin pasaran Amazon. Com Inc, Microsoft Corp dan Google Inc.

“Pada asasnya, mereka sedang mengikuti trend politik dan mereka sedang merebut peluang perniagaan yang memberikan keputusan,” kata James McGregor, pengerusi untuk firma pakar runding komunikasi AS APCO Worldwide cawangan China.

Gabungan domestik tersebut membantu unit cloud Alibaba Aliyun membina skala dan memperoleh pengalaman sebelum mana-mana kempen global untuk mencabar pemimpin pasaran Amazon. Com Inc, Microsoft Corp dan Google Inc. – Reuters
Gabungan domestik tersebut membantu unit cloud Alibaba Aliyun membina skala dan memperoleh pengalaman sebelum mana-mana kempen global untuk mencabar pemimpin pasaran Amazon. Com Inc, Microsoft Corp dan Google Inc. – Reuters

“China mahu mengawal maklumat, data, berita, rangkaian makanan teknologi, dan dengan itu terdapatnya peluang yang besar.”

Sektor itu telah melambung memandangkan adalah lebih murah untuk syarikat menyimpan data dalam server terasing, atau dalam cloud, dan bukannya mengekal server dalam syarikat.

Perbelanjaan infrastruktur IT cloud Global dijangka meningkat 21 peratus kepada AS$32 bilion pada 2015 berbanding setahun sebelumnya, menurut penyelidik pasaran AS IDC, dan bertambah kepada AS$52 bilion pada tahun 2019.

Buat masa sekarang, Aliyun adalah sebuah syarikat yang kecil.